Fokus Hari Ini (Khamis, 13 Mac)
00:00
00:0000:00
Dunia
Fokus Hari Ini (Khamis, 13 Mac)
Ketua tentera Israel akui perang Gaza banyak padah buruk. Peluru berpandu anti kapal Atmaca oleh Turkiye berjaya capai sasaran dalam air.
13 Mac 2025

Ketua tentera Israel akui perang Gaza banyak padah buruk

Ketua tentera Israel mengakui Israel mengalami kerugian besar di Gaza jika semua tebusan Israel terus ditahan.

Ketua Staf Am Eyal Zamir berkata perang kini masih berterusan, menyifatkannya sebagai "kompleks dan sukar".

Beliau menambah objektif perang untuk Israel kekal sama.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara

Presiden Sementara Syria, Ahmed Alsharaa mengeluarkan arahan bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan dan politik negara itu.

Majlis itu akan dipengerusikan Alsharaa yang turut merangkumi menteri-menteri hal ehwal luar negeri, pertahanan dan dalam negeri, bersama-sama dengan pengarah perisikan am.

Ia akan turut mempunyai kerusi penasihat dan teknikal yang dilantik oleh presiden sementara berdasarkan kecekapan dan kepakaran masing-masing.

Putin gesa tentera bebaskan Kursk sepenuhnya dari Ukraine

Presiden Vladimir Putin menyatakan harapan bahawa tenteranya kini hampir "membebaskan sepenuhnya" wilayah Kursk, ketika Ukraine membayangkan ia mungkin menarik balik tenteranya di situ.

Dalam lawatan pertamanya ke rantau itu sejak Ukraine melancarkan serangan balas yang mengejutkan pada Ogos, Putin, dalam pakaian tenteranya, memuji pasukan ketenteraannya.

Tentera Rusia menawan semula 24 penempatan di wilayah sempadan sejak lima hari lalu, menurut ketua kakitangan am Valery Gerasimov yang memberitahu Putin.

Rundingan damai antara DRC, pemberontak M23 bermula 18 Mac — Angola

Rundingan antara Republik Demokratik Congo dan pemberontak M23 yang merampas kawasan DRC timur yang kaya dengan mineral akan bermula di Luanda pada 18 Mac, menurut Angola.

Pusingan rundingan damai sebelum ini yang dibantu Angola gagal menghentikan pertempuran antara tentera Congo dan pemberontak M23.

Namun, pada Selasa, Angola berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk ke meja rundingan semula.

Peluru berpandu anti-kapal Atmaca oleh Turkiye berjaya capai sasaran

Peluru berpandu pelayaran anti-kapal Atmaca yang direka dan dihasilkan secara domestik oleh Turkiye telah menyelesaikan ujian tembakan dalam air pertamanya, menurut Setiausaha Industri Pertahanan Turki Haluk Gorgun.

Atmaca direka bentuk sebagai peluru berpandu anti-kapal berketepatan tinggi, dibangunkan bagi memenuhi keperluan operasi peperangan permukaan dan boleh digunakan pada bot peronda pantas, frigat dan korvet.

Dengan kejayaan ini, Atmaca memperoleh keupayaan untuk ditembak dari kapal selam dan membuat sasaran tepat.

Audio lain
Fokus Hari Ini | 19 Januari
Visa Iklim: Antara Pemindahan dan Pencegahan
Keperluan Kawan Sebenar
Ramalan Gempa Bumi: Mengapa Sains Masih Tidak Boleh Meramal Kedatangan Gempa Besar
Mempersenjatakan Kelaparan: Dari Kolonialisme Britain ke Gaza Hari Ini
Superman Kembali – Kali Ini Mirip Keadaan di Gaza
Bola Sepak Membawa Perubahan
Buruh Kanak-Kanak Jadi Tular. Kita Tengok Je?
Politik Nuklear Global: Siapa Layak Memiliki Bom?
Iman Jadi Sasaran