Fokus Hari Ini | 27 Jun
00:00
00:0000:00
Dunia
Fokus Hari Ini | 27 Jun
Sepanyol sifatkan Gaza dalam 'keadaan penuh malapetaka'. Rusia sahkan Istanbul kekal tempat perbincangan isu dengan Ukraine.
27 Jun 2025

Gaza dalam 'keadaan penuh malapetaka' — Sepanyol

Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez menyfatkan situasi di Gaza sebagai "pembunuhan beramai-ramai," dan menggesa Kesatuan Eropah (EU) menangguhkan perjanjian kerjasamanya dengan Israel.

Kenyataan beliau dibuat ketika pasukan penyelamat di Gaza melaporkan tentera Israel telah membunuh 76 lagi penduduk dalam serangan yang berterusan.

Sementara itu, pemimpin EU menyatakan kebimbangan terhadap krisis kemanusiaan yang semakin meruncing dan kematian orang awam yang semakin meningkat.

Mereka turut menyeru Israel untuk menarik balik sekatan ke atas kawasan yang dikepung itu.

Ketua pembangkang Israel seru pembunuhan beramai-ramai di Gaza dihentikan

Pemimpin pembangkang Israel, Yair Lapid menyifatkan perang yang sedang berlaku di Gaza sebagai satu kegagalan, dan berkata ia kini "menemui jalan buntu" dan menggesa kerajaan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menamatkan pembunuhan beramai-ramai itu.

Dalam catatan di X, Lapid berkata, "Apa yang kita sedang lakukan di Gaza tidak menjadi. Perang ini telah sudah menjadi buntu."

Beliau menekankan keperluan untuk mengalih tumpuan untuk mendapatkan pembebasan tahanan dan menyeru kepimpinan kerajaan untuk mengubah strategi.

Trump: AS-China menandatangani perjanjian perdagangan

Presiden AS Donald Trump mengumumkan Amerika Syarikat menandatangani perjanjian perdagangan dengan China, namun tiada butiran lanjut diberi.

Bercakap semasa majlis di Rumah Putih, Trump berkata, "Kami baru sahaja menandatangani perjanjian dengan China,". Katanya langkah itu akan membuka pasaran China.

Katanya, perjanjian itu merupakan satu perkembangan yang "tidak mungkin boleh dicapai" sebelum ini.

DRC, Rwanda dijangka tandatangani perjanjian damai di AS

Rwanda dan Republik Demokratik Congo (DRC) bersedia menandatangani perjanjian damai di Washington untuk menamatkan konflik selama bertahun-tahun di timur DRC.

Perjanjian itu menyusul selepas beberapa bulan sesi diplomasi yang diketuai AS di bawah pentadbiran Trump, yang menyifatkannya sebagai pencapaian besar.

Walau bagaimanapun, syarat-syarat perjanjian yang tidak jelas dan bermotifkan politik kekal menjadi kebimbangan pelbagai pihak.

Rusia sahkan Istanbul kekal tempat rundingan isu dengan Ukraine

Istanbul kekal sebagai tempat untuk rundingan antara Moscow dan Kiev, menurut jurucakap Kementerian Luar Rusia Maria Zakharova.

Menjawab soalan semasa sidang media di Moscow, Zakharova berkata tarikh bagi rundingan seterusnya akan ditentukan oleh ketua delegasi.

Zakharova turut mengucapkan terima kasih kepada Turkiye atas layanan dan bantuan yang disediakan semasa proses rundingan.

Audio lain
Fokus Hari Ini | 16 April
Visa Iklim: Antara Pemindahan dan Pencegahan
Keperluan Kawan Sebenar
Ramalan Gempa Bumi: Mengapa Sains Masih Tidak Boleh Meramal Kedatangan Gempa Besar
Mempersenjatakan Kelaparan: Dari Kolonialisme Britain ke Gaza Hari Ini
Superman Kembali – Kali Ini Mirip Keadaan di Gaza
Bola Sepak Membawa Perubahan
Buruh Kanak-Kanak Jadi Tular. Kita Tengok Je?
Politik Nuklear Global: Siapa Layak Memiliki Bom?
Iman Jadi Sasaran