Fokus Hari Ini (Selasa, 18 Mac)
00:00
00:0000:00
Dunia
Fokus Hari Ini (Selasa, 18 Mac)
Israel ingkar perjanjian gencatan senjata, sambung semula serangan ke atas Gaza. Syria hadir kali pertama di persidangan penderma Kesatuan Eropah.
18 Mac 2025

Israel ingkar perjanjian gencatan senjata, sambung semula serangan ke atas Gaza

Sekurang-kurangnya 236 orang terbunuh dalam serangan terbaharu Israel di Gaza, dengan kebanyakan mangsa merupakan wanita dan kanak-kanak, menurut Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza.

Sebelum ini, pejabat Perdana Menteri Israel memberi arahan agar tentera negara itu menyerang seluruh Gaza.

Pemberontak M23 tolak rundingan damai DRC susulan sekatan EU

Kumpulan pemberontak M23 yang disokong Rwanda menarik diri daripada rundingan damai dengan Republik Demokratik Congo (DRC), sambil memetik tentang sekatan Kesatuan Eropah terhadap pemimpinnya.

Walaupun M23 tidak hadir, kerajaan DRC mengesahkan ia akan menghadiri rundingan di Angola itu.

Pemberontak itu, yang mengawal kawasan Congo timur yang kaya dengan mineral, menuduh institusi antarabangsa "mensabotaj usaha damai" mereka.

WHO: Pemotongan bantuan AS boleh korbankan jutaan nyawa

Pertubuhan Kesihatan Sedunia menggesa Amerika Syarikat untuk memikir semula keputusannya memotong pembiayaan kesihatan global secara drastik dan memberi amaran ia berisiko mengorbankan jutaan nyawa.

Ketua pertubuhan itu, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata pemotongan dana itu boleh menyebabkan lebih 10 juta kes HIV baharu dan tiga juta kematian.

Pemotongan itu dibuat selepas Presiden Donald Trump membekukan hampir semua bantuan asing oleh Amerika, termasuk pembiayaan untuk program kesihatan global.

Turkiye sambut 18 Mac sebagai Hari Kemenangan Canakkale, Hari Peringatan Pejuang Syahid

Turkiye menyambut ulang tahun ke-110 Hari Kemenangan Canakkale dan Hari Peringatan Pejuang Syahid.

Pertempuran Canakkale memberi kemenangan kepada Empayar Uthmaniyyah dalam menentang tentera Bersekutu semasa Perang Dunia I.

Ia kini terus diingati sebagai bukti keberanian dan pengorbanan mereka yang berjuang dan terkorban dalam mempertahankan negara mereka daripada kuasa penjajah.

Syria hadir persidangan penderma EU

Buat pertama kalinya, Syria secara rasmi menghadiri persidangan penderma tahunan kesatuan Eropah di Brussels.

Langkah itu dibuat selepas Jerman ikrar bekal bantuan baharu untuk menyokong rakyat Syria yang terjejas akibat perang selama 14 tahun.

Menteri Luar Jerman Annalena Baerbock menjanjikan bantuan €300 juta, sambil menegaskan bahawa masa depan Syria bergantung kepada "proses politik yang inklusif."

Audio lain
Fokus Hari Ini | 14 Januari
Visa Iklim: Antara Pemindahan dan Pencegahan
Keperluan Kawan Sebenar
Ramalan Gempa Bumi: Mengapa Sains Masih Tidak Boleh Meramal Kedatangan Gempa Besar
Mempersenjatakan Kelaparan: Dari Kolonialisme Britain ke Gaza Hari Ini
Superman Kembali – Kali Ini Mirip Keadaan di Gaza
Bola Sepak Membawa Perubahan
Buruh Kanak-Kanak Jadi Tular. Kita Tengok Je?
Politik Nuklear Global: Siapa Layak Memiliki Bom?
Iman Jadi Sasaran