ASIA
1 min membaca
Kluster Mpox babit empat sekeluarga dikesan, situasi terkawal – KKM
Dalam kenyataan pada Ahad, KKM memaklumkan kes indeks melibatkan seorang lelaki warga asing yang baru pulang dari Afrika Barat.
Kluster Mpox babit empat sekeluarga dikesan, situasi terkawal – KKM
KKM memaklumkan kes indeks melibatkan seorang lelaki warga asing yang baru pulang dari Afrika Barat.
17 November 2025

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan satu kluster mpox membabitkan empat ahli keluarga telah dikesan, namun menegaskan situasi berada dalam kawalan.

Dalam kenyataan pada Ahad, KKM memaklumkan kes indeks melibatkan seorang lelaki warga asing yang baru pulang dari Afrika Barat.

Beliau mula menunjukkan gejala pada 20 Oktober dan disahkan positif pada 12 November.

Tiga ahli keluarga yang tinggal bersama turut mengalami gejala bermula 30 Oktober dan disahkan positif sehari kemudian.

“Kesemua kes terbabit berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani pengasingan di rumah. Semua kontak rapat telah dikenal pasti, disaring dan diarahkan menjalani pengasingan,” kata KKM. "Hingga kini, hasil siasatan mendapati penularan hanya terhad dalam kalangan ahli keluarga, dan situasi kluster adalah terkawal

Sehingga Minggu Epidemiologi ke-46 tahun ini, sebanyak 12 kes mpox direkodkan di Malaysia, menjadikan keseluruhan 23 kes sejak kes pertama dilaporkan pada Julai 2023.

Menurut KKM, setiap kes berjaya dibendung melalui pengesanan awal, pengasingan pesakit dan pemantauan kontak rapat.

Status mpox sebagai darurat kesihatan awam yang menjadi kebimbangan antarabangsa ditamatkan pada 5 September lalu.

SUMBER:TRT Global