ASIA
1 min membaca
Prospek Malaysia tergugat, skuad muda Thailand terus cemerlang di Kejohanan ASEAN
Walaupun skuad Harimau Malaya cuba bangkit menerusi percubaan kapten Paulo Josué dan Daryl Sham di penghujung perlawanan, ketangkasan penjaga gol Thailand, Kampol Pathomakkakul, berjaya menghalang bola daripada menembusi tiang gol.
Prospek Malaysia tergugat, skuad muda Thailand terus cemerlang di Kejohanan ASEAN
Rekod bersih Malaysia dalam Kejohanan ASEAN 2026 akhirnya lebur selepas tewas 0-2 kepada juara tujuh kali, Thailand. / Foto: ASEAN UTD FC

Rekod bersih Malaysia dalam Kejohanan ASEAN 2026 akhirnya lebur selepas tewas 0-2 kepada juara tujuh kali, Thailand, di Stadium Rajamangala, menurut laporan ESPN.

Tuan rumah membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti Yotsakorn Burapha pada minit ke-37 susulan semakan VAR yang dijalankan, sebelum Teerasak Poeiphimai mengukuhkan kemenangan menerusi jaringan kemas pada separuh masa kedua.

Walaupun skuad Harimau Malaya cuba bangkit menerusi percubaan kapten Paulo Josué dan Daryl Sham di penghujung perlawanan, ketangkasan penjaga gol Thailand, Kampol Pathomakkakul, berjaya menghalang bola menembusi gol.

Kemenangan ini membuktikan keupayaan generasi baharu Thailand di bawah kendalian Anthony Hudson.

Walaupun membariskan ramai pemain muda tanpa pengalamanan luas di peringkat antarabangsa, persembahan bertenaga pemain seperti Teerasak, Yotsakorn, Seksan Ratree, dan Kakana Khamyok menunjukkan masa depan bola sepak Thailand kekal terjamin.

Kekalahan itu sekali gus menjejaskan laluan Malaysia apabila dijangka bersaing sengit dalam perebutan slot separuh akhir Kumpulan B bersama Myanmar dan Filipina.

Sungguhpun begitu, nasib Malaysia masih berada di tangan sendiri.

Skuad negara mempunyai masa untuk berehat dan membuat persiapan rapi sebelum berdepan perlawanan penentu menentang Filipina bagi mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir.

Cari Berita Lain
Malaysia perluas fokus KL20 2026 kepada 8 sektor utama pertumbuhan 'startup'
Sembcorp Singapura dapat kelulusan import tenaga boleh baharu 300MW dari Malaysia
Malaysia lancar siasatan anti-lambakan import keluli dari China, Taiwan dan Vietnam
Myanmar, Bangladesh bincang sambung semula mesyuarat bilateral, projek paip gas dan kerjasama tenaga
Seni bina keselamatan ASEAN perlu jadi teras penglibatan Indo-Pasifik: Khaled
Penganjuran F1 mampu jana aktiviti ekonomi Malaysia lebih RM1 bilion
Menteri Pertahanan Thai beri taklimat isu keselamatan sempadan kepada rakan sejawat Malaysia
Malaysia pertimbang semula keberadaan UNHCR jika enggan kerjasama, kata Menteri Luar
PM gesa pendekatan dakwah lebih bijak, berteraskan teknologi
Zon ekonomi sempadan Malaysia-Thailand pacu perdagangan, jimat kos logistik
ASEAN pertimbang penanda aras baharu, utusan khas jangka panjang pulihkan pelan damai Myanmar
Sidang kemuncak ASEAN buka tirai dengan seruan perpaduan di tengah-tengah pergolakan global
Malaysia akan bangunkan mekanisme sendiri urus pelarian
Menteri Luar ASEAN mahu bincang 'langkah seterusnya' tangani isu Myanmar
Tragedi bot karam: Lebih 500 pelarian Rohingya dikhuatiri maut di perairan Myanmar
Krisis bekalan global: Anwar arah tindakan segera kurangkan tekanan kos pengilang
Zon Ekonomi Sempadan Malaysia-Thailand lonjak perdagangan serantau ASEAN
Gempa bumi besar di Asia boleh beri kesan kepada Singapura, Malaysia — kajian
Presiden Singapura mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia
Anwar: Keterlibatan inklusif cara terbaik selesaikan krisis Myanmar