ASIA
1 min membaca
Semua 19 mangsa insiden bot hampir karam ditemui, Op Carilamat ditamatkan
Kesemua mangsa menjalani pemeriksaan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala mayat seorang lelaki diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.
Semua 19 mangsa insiden bot hampir karam ditemui, Op Carilamat ditamatkan
Kesemua 19 mangsa berjaya ditemui, dengan 18 disahkan selamat manakala seorang meninggal dunia. / FB APMM / Other

Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) yang digerakkan selepas sebuah bot dilaporkan hampir karam di perairan Timur Laut Pulau Perak semalam berjaya menemui kesemua 19 mangsa — 18 selamat manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa, berkata KD Ledang milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesan kesemua mangsa sebelum memberikan rawatan awal, termasuk membawa seorang mangsa yang meninggal dunia untuk tindakan lanjut pihak berkuasa.

KD Ledang tiba di Jeti TLDM Mawilla 3 sekitar 6 pagi tadi dan kesemua mangsa menjalani pemeriksaan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala mayat seorang lelaki diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

“Selesai pemeriksaan, kesemua 18 mangsa selamat diserahkan kepada Maritim Malaysia dan Jabatan Laut Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan bersyukur kerana 18 mangsa lain berjaya diselamatkan hasil tindakan pantas serta koordinasi yang sangat baik antara semua agensi,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Beliau menegaskan bahawa kejayaan operasi itu membuktikan kesiapsiagaan dan komitmen pasukan penyelamat dalam memastikan keselamatan nyawa di laut sentiasa menjadi keutamaan.

“Dengan semua mangsa telah ditemui, Op Carilamat kini ditamatkan sepenuhnya,” tambahnya.

SUMBER:TRT Global
Cari Berita Lain
Malaysia lancar siasatan anti-lambakan import keluli dari China, Taiwan dan Vietnam
Myanmar, Bangladesh bincang sambung semula mesyuarat bilateral, projek paip gas dan kerjasama tenaga
Prospek Malaysia tergugat, skuad muda Thailand terus cemerlang di Kejohanan ASEAN
Seni bina keselamatan ASEAN perlu jadi teras penglibatan Indo-Pasifik: Khaled
Penganjuran F1 mampu jana aktiviti ekonomi Malaysia lebih RM1 bilion
Menteri Pertahanan Thai beri taklimat isu keselamatan sempadan kepada rakan sejawat Malaysia
Malaysia pertimbang semula keberadaan UNHCR jika enggan kerjasama, kata Menteri Luar
PM gesa pendekatan dakwah lebih bijak, berteraskan teknologi
Zon ekonomi sempadan Malaysia-Thailand pacu perdagangan, jimat kos logistik
ASEAN pertimbang penanda aras baharu, utusan khas jangka panjang pulihkan pelan damai Myanmar
Sidang kemuncak ASEAN buka tirai dengan seruan perpaduan di tengah-tengah pergolakan global
Malaysia akan bangunkan mekanisme sendiri urus pelarian
Menteri Luar ASEAN mahu bincang 'langkah seterusnya' tangani isu Myanmar
Tragedi bot karam: Lebih 500 pelarian Rohingya dikhuatiri maut di perairan Myanmar
Krisis bekalan global: Anwar arah tindakan segera kurangkan tekanan kos pengilang
Zon Ekonomi Sempadan Malaysia-Thailand lonjak perdagangan serantau ASEAN
Gempa bumi besar di Asia boleh beri kesan kepada Singapura, Malaysia — kajian
Presiden Singapura mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia
Anwar: Keterlibatan inklusif cara terbaik selesaikan krisis Myanmar
Kerajaan nafi Jho Low masuk Malaysia dengan delegasi China runding kes 1MDB