ASIA
2 min membaca
Pasukan SAR temui satu mayat dalam nahas pesawat di Sulawesi Selatan
Penemuan itu dibuat oleh Unit Pasukan Penyelamat (SRU) 3, dengan pasukan itu kini menggunakan laluan pendakian untuk membawa keluar mayat mangsa dari lokasi kejadian.
Pasukan SAR temui satu mayat dalam nahas pesawat di Sulawesi Selatan
Pasukan penyelamat melakukan operasi mencari pesawat yang terputus hubungan dengan kawalan darat semasa menghampiri kawasan pergunungan di Indonesia. / AP

Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) menemui satu mayat mangsa nahas pesawat ATR 42-500 milik Indonesia Air Transport (IAT) yang dipercayai terhempas di kawasan pergunungan di Gunung Bulusaraung, daerah Maros, Sulawesi Selatan, menurut laporan Antara News.

Ketua Pejabat Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS) Makassar, Arif Anwar berkata, mangsa itu ditemui di dalam gaung sedalam kira-kira 200 meter, berhampiran serpihan pesawat, pada jam 2.20 petang waktu tempatan, sebelum proses pemindahan dijalankan.

Menurut beliau, penemuan dibuat oleh Unit Pasukan Penyelamat (SRU) 3, dengan pasukan itu kini menggunakan laluan pendakian untuk membawa keluar mayat mangsa dari lokasi kejadian.

Arif memaklumkan, pasukan itu turut menemui beberapa bahagian lain pesawat termasuk rangka dan tempat duduk, selain mengenal pasti lokasi enjin pesawat berdasarkan laporan visual di lapangan.

Operasi SAR ketika ini dibahagikan kepada empat SRU mengikut sektor operasi, dengan SRU 1 menuruni laluan barat menggunakan tali, manakala SRU 3 kekal di puncak dan sebahagian anggotanya telah berjaya bergerak ke titik kedua pencarian.

Bagaimanapun, operasi berdepan cabaran cuaca buruk dengan hujan lebat, kabus tebal serta jarak penglihatan yang terhad kira-kira lima meter di puncak gunung, sekali gus menjejaskan pergerakan pasukan dan memaksa beberapa operasi ditangguhkan demi keselamatan anggota.

Arif menegaskan operasi SAR akan diteruskan dengan keutamaan diberikan kepada keselamatan petugas, sambil usaha mencari baki 10 mangsa yang masih hilang diteruskan oleh semua elemen SAR di bawah penyelarasan BASARNAS Makassar.

Cari Berita Lain
Malaysia-Jepun meterai empat Memorandum Kerjasama
Malaysia sasar peranan utama hab MRO Asia Pasifik susulan pelaburan RM267 juta Collins Aerospace
Malaysia kekalkan kuota minyak 2026 susulan keputusan OPEC+, fokus agenda RMK13
Pembangunan AI perlu ihsan, tidak gugat nilai kemanusiaan – PM Anwar
Kerajaan perkukuh operasi bersepadu, banteras warga asing salah guna pas lawatan
Gempa bumi Filipina: Sekurang-kurangnya 32 dikhuatiri maut, mangsa imbau detik cemas
PM Anwar dijangka saksi pemeteraian empat MoU strategik di Tokyo
Anwar lawat Jepun tiga hari, sasar perkasa kerjasama strategik komprehensif
Gempa 7.8 magnitud gegar selatan Filipina, tiga maut, amaran tsunami dikeluarkan
PM Anwar jamin sokongan berterusan bagi pelaburan berkualiti tinggi di Malaysia
Siasatan AS mungkin babit produk import negara ketiga, bukan kapasiti melampau Malaysia
Rundingan sempadan Malaysia-Indonesia kini di peringkat akhir, bakal muktamad Ogos ini
ASEAN perlu mempercepatkan grid serantau, hasilkan tenaga mampu milik
Pelaksanaan biodiesel B15 perkukuh keterjaminan tenaga negara
Tenaga nuklear dilihat sebagai solusi praktikal sokong RE, lonjakan permintaan pusat data
Krisis rantaian bekalan global: Malaysia, Indonesia perhalusi langkah strategik
Kabinet Thai lulus projek bersama Malaysia kurangkan risiko banjir di Lembangan Golok
Tiga sindiket penipuan antarabangsa ditumpaskan di Malaysia
PM Thai Anutin arah rundingan segera dengan Malaysia susulan sekatan import udang
Sindiket penipuan antarabangsa alih operasi ke Malaysia