TÜRKİYE
2 min membaca
Libya harap hubungan ekonomi lebih mendalam dengan Turkiye, perjanjian perdagangan bebas menjadi fokus
Libya merancang memperbaharui perjanjian dengan Turkiye, memuktamadkan perjanjian bagi mengelakkan cukai bergandan dan memperdalam kerjasama dua hala, kata Menteri Ekonomi dan Perdagangan Libya.
00:00
Libya harap hubungan ekonomi lebih mendalam dengan Turkiye, perjanjian perdagangan bebas menjadi fokus
Al Huwayj menekankan bahawa Libya dan Turkiye sedang berusaha untuk memuktamadkan perjanjian perdagangan bebas. / Foto: Arkib Reuters / Reuters

Libya menganggap Turkiye sebagai rakan dagang strategik “nombor satu” dalam bidang infrastruktur, industri minyak, tenaga, kesihatan dan pembangunan ekonomi, kata Mohammed al Huwayj, Menteri Ekonomi dan Perdagangan Libya.

Al Huwayj berkata, Libya berhasrat untuk mempelbagaikan ekonominya secepat mungkin, sambil menekankan bahawa tenaga merupakan sektor utama kerana sektor pengangkutan, pertanian, perkhidmatan dan industri bergantung kepadanya.

Mengambil contoh model ekonomi Turkiye yang berjaya, menteri itu menambah, “Pengalaman Turkiye adalah antara yang terbaik dalam jangka masa pendek dan kami berharap untuk memanfaatkan kepakaran ini.”

Al Huwayj turut menekankan bahawa Libya dan Turkiye sedang berusaha memuktamadkan perjanjian perdagangan bebas.

“Kami sedang membuat persiapan untuk memperbaharui semua perjanjian lama dan memorandum persefahaman antara kedua-dua negara untuk tempoh akan datang dan menggalakkan pelaburan,” katanya.

Rakan strategik jangka panjang

Beliau menambah bahawa Turkiye dan Libya adalah anggota Jawatankuasa Tetap untuk Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan hampir memuktamadkan perjanjian untuk menghapuskan cukai berganda.

“Kami akan bertemu dengan Menteri Perdagangan Turkiye dan kementerian berkaitan untuk memuktamadkan perjanjian perdagangan bebas dan menyelesaikan cabaran antara kedua-dua negara,” katanya.

“Ahli perniagaan dan sebahagian besar sektor swasta Libya mengutamakan Turkiye. Memandangkan sektor swasta kami adalah salah satu alat untuk fasa pembangunan ekonomi Libya, kami turut mengutamakan Turkiye sebagai salah satu rakan strategik jangka panjang,” tambahnya.

Al Huwayj berkata Libya turut berharap Turkiye akan mengambil bahagian dalam penerokaan minyak, penapisan, aktiviti petrokimia dan perkhidmatan minyak.

“Kami mengalu-alukan semua syarikat dari Turkiye, dan kementerian kami menyediakan semua kemudahan yang diperlukan,” katanya.

Cari Berita Lain
Fahami krisis kepimpinan CHP
Türkiye umum Formula 1 bakal kembali ke Istanbul Park pada 2027
Forum Diplomasi Antalya memperluas peranan diplomatik Türkiye, kata Fidan
Duran: Harapan masa depan dunia terletak pada seruan Türkiye
Israel guna keselamatan sebagai alasan untuk rampas 'lebih banyak tanah': Menteri Luar Türkiye Fidan
Presiden Erdogan sifatkan aturan global di ‘ambang berbahaya,’ seru diplomasi dan kestabilan
Forum Diplomasi Antalya 2026 bermula dengan kehadiran pemimpin global
The Daily Telegraph padam laporan palsu mengenai Erdogan
Pemimpin dunia berkumpul di Türkiye untuk Forum Diplomasi Antalya ke-5
Insiden tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul, 3 pengganas "dineutralkan" - Menteri Turki
‘Penentang kronik’: Mengapa peranan Türkiye dalam NATO buat Israel gelisah?
Türkiye tidak akan berdiam diri bila Israel campak seluruh rantau dalam kancah peperangan: Erdogan
Presiden Turkiye gesa perpaduan semasa Aidilfitri di tengah-tengah ketegangan Timur Tengah
Türkiye kecam rancangan jahat cetus perang saudara di Iran: Fidan
Sokongan NATO kepada Türkiye uji kesediaan pakatan itu semasa berdepan ketegangan Timur Tengah
12 Mac, hari memperingati lagu kebangsaan dan penyair nasional Türkiye, Mehmet Akif Ersoy
Türkiye sokong keamanan, mahu lihat gencatan senjata dalam perang Iran, kata Erdogan
Erdogan: Hentikan perang AS-Israel ke atas Iran sebelum ia merebak
Türkiye siap sedia sistem pertahanan Patriot lindungi ruang udara susulan perang Iran
Peluru berpandu balistik Iran dipintas dalam perjalanan ke Türkiye