ASIA
2 min membaca
Sindiket ‘cinta’ dalam talian tumpas di Manila, 39 individu ditahan
Seramai 30 warga tempatan, lapan warga China dan seorang warga Taiwan telah ditahan, manakala 231 kad SIM tempatan dan antarabangsa, 200 telefon pintar, 36 komputer, dua router dan dua modem dirampas.
Sindiket ‘cinta’ dalam talian tumpas di Manila, 39 individu ditahan
(FAIL) Pihak polis kini sedang memburu ketua utama sindiket tersebut. / Reuters

Polis Filipina berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan cinta dalam talian yang beroperasi di Manila, menurut laporan The Inquirer.

Menurut pasukan Anti Jenayah Siber (PNP-ACG) pada Jumaat, 30 warga tempatan, lapan warga China dan seorang warga Taiwan telah ditahan.

Menurut Pengarah PNP-ACG Brig. Jen. Bernard Yang, serbuan dilakukan awal pagi Khamis di tiga unit kondominium di kawasan Malate yang menjadi pusat operasi sindiket tersebut sejak setahun lalu.

Dalam operasi itu, polis merampas 231 kad SIM tempatan dan antarabangsa, 200 telefon pintar, 36 komputer, dua router dan dua modem.

Serbuan dijalankan berdasarkan waran untuk menggeledah dan memeriksa data komputer yang dikeluarkan oleh mahkamah Manila selepas menerima maklumat daripada orang awam.

“Selepas operasi Philippine Offshore Gaming Operator (Pogo) dihentikan, beberapa kumpulan berpecah dan beralih kepada operasi secara gerila. Kumpulan ini adalah sebahagian daripada sindiket besar yang pernah kami lumpuhkan tahun lalu,” kata Yang.

Beliau menjelaskan, sindiket tersebut mempunyai dua sub-kumpulan — warga Filipina yang bertanggungjawab mencari mangsa asing melalui media sosial dan aplikasi janji temu, serta warga China yang selepas itu mengambil alih apabila mangsa mula dipercayai dan perbincangan mengenai pelaburan dimulakan.

Dua mangsa telah dikenal pasti, masing-masing kehilangan sebanyak €40,000 (RM196.16 juta) dan USD10,000 (RM422,000).

Kesemua 39 suspek akan didakwa di bawah beberapa akta termasuk Akta Pencegahan Jenayah Siber 2012, Akta Peraturan Peranti Akses dan Akta Pendaftaran SIM.

Pihak polis kini sedang memburu ketua utama sindiket yang masih bebas serta menyiasat pemilik kondominium berkenaan bagi menentukan sebarang liabiliti terhadap operasi penipuan tersebut.

Cari Berita Lain
Malaysia-Jepun meterai empat Memorandum Kerjasama
Malaysia sasar peranan utama hab MRO Asia Pasifik susulan pelaburan RM267 juta Collins Aerospace
Malaysia kekalkan kuota minyak 2026 susulan keputusan OPEC+, fokus agenda RMK13
Pembangunan AI perlu ihsan, tidak gugat nilai kemanusiaan – PM Anwar
Kerajaan perkukuh operasi bersepadu, banteras warga asing salah guna pas lawatan
Gempa bumi Filipina: Sekurang-kurangnya 32 dikhuatiri maut, mangsa imbau detik cemas
PM Anwar dijangka saksi pemeteraian empat MoU strategik di Tokyo
Anwar lawat Jepun tiga hari, sasar perkasa kerjasama strategik komprehensif
Gempa 7.8 magnitud gegar selatan Filipina, tiga maut, amaran tsunami dikeluarkan
PM Anwar jamin sokongan berterusan bagi pelaburan berkualiti tinggi di Malaysia
Siasatan AS mungkin babit produk import negara ketiga, bukan kapasiti melampau Malaysia
Rundingan sempadan Malaysia-Indonesia kini di peringkat akhir, bakal muktamad Ogos ini
ASEAN perlu mempercepatkan grid serantau, hasilkan tenaga mampu milik
Pelaksanaan biodiesel B15 perkukuh keterjaminan tenaga negara
Tenaga nuklear dilihat sebagai solusi praktikal sokong RE, lonjakan permintaan pusat data
Krisis rantaian bekalan global: Malaysia, Indonesia perhalusi langkah strategik
Kabinet Thai lulus projek bersama Malaysia kurangkan risiko banjir di Lembangan Golok
Tiga sindiket penipuan antarabangsa ditumpaskan di Malaysia
PM Thai Anutin arah rundingan segera dengan Malaysia susulan sekatan import udang
Sindiket penipuan antarabangsa alih operasi ke Malaysia