ASIA
2 min membaca
Isu LCS: Malaysia teruskan tindakan saman syarikat Norway susulan pelanggaran kontrak
Selain menuntut semula bayaran kemajuan yang telah dibuat, kerajaan juga akan menuntut pampasan atas segala kerugian yang timbul akibat kegagalan syarikat tersebut memenuhi obligasi kontrak yang ditandatangani sejak 2018.
Isu LCS: Malaysia teruskan tindakan saman syarikat Norway susulan pelanggaran kontrak
Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin berkata sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi meneliti tuntutan ganti rugi. (FAIL) / User Upload

Kerajaan Malaysia mengesahkan akan mengheret sebuah syarikat pertahanan Norway ke muka pengadilan selepas firma tersebut gagal membekalkan sistem peluru berpandu bagi kapal tempur pesisir (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), lapor Berita Harian.

Kegagalan itu berpunca daripada tindakan kerajaan Norway yang tidak meluluskan lesen eksport bagi aset berkenaan.

Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin berkata sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi meneliti tuntutan ganti rugi.

Selain menuntut semula bayaran kemajuan yang telah dibuat, kerajaan juga akan menuntut pampasan atas segala kerugian yang timbul akibat kegagalan syarikat tersebut memenuhi obligasi kontrak yang ditandatangani sejak 2018.

Menurut Mohamed Khaled, kerajaan setakat ini telah menjelaskan kira-kira 95 peratus daripada keseluruhan nilai kontrak yang mencecah RM600 juta.

Beliau menegaskan kerugian bukan sekadar melibatkan nilai wang ringgit, malah merangkumi kos teknikal tambahan yang terpaksa ditanggung negara akibat pertukaran sistem di saat akhir.

"Walaupun kapal dapat disiapkan, ia masih tidak dilengkapi sistem peluru berpandu. Jika menggunakan sistem baharu, ia memerlukan latihan semula dan proses integrasi sistem yang rumit. Semua itu akan diambil kira sebagai kerugian akibat pelanggaran kontrak," tegas beliau semasa majlis peluncuran program PROWIRA-RTW 2026.

Proses integrasi sistem baharu diakui mencabar kerana setiap aset pertahanan dibina mengikut spesifikasi khusus yang memerlukan keserasian komunikasi antara pelbagai vendor.

Meskipun berdepan kemelut teknikal ini, Kementerian Pertahanan memberi jaminan bahawa jadual penghantaran kapal LCS pertama pada Disember ini tidak akan terjejas.

Dalam masa yang sama, Mohamed Khaled turut menyokong nada keras Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang menyifatkan tindakan kerajaan Norway sebagai tidak profesional.

Beliau menganggap kegagalan komitmen tersebut sebagai satu perkara yang dikesali, terutamanya bagi sebuah negara yang sering melaungkan prinsip kedaulatan undang-undang dan hubungan antarabangsa yang baik.

Cari Berita Lain
Gempa 7.8 magnitud gegar selatan Filipina, tiga maut, amaran tsunami dikeluarkan
PM Anwar jamin sokongan berterusan bagi pelaburan berkualiti tinggi di Malaysia
Siasatan AS mungkin babit produk import negara ketiga, bukan kapasiti melampau Malaysia
Rundingan sempadan Malaysia-Indonesia kini di peringkat akhir, bakal muktamad Ogos ini
ASEAN perlu mempercepatkan grid serantau, hasilkan tenaga mampu milik
Pelaksanaan biodiesel B15 perkukuh keterjaminan tenaga negara
Tenaga nuklear dilihat sebagai solusi praktikal sokong RE, lonjakan permintaan pusat data
Krisis rantaian bekalan global: Malaysia, Indonesia perhalusi langkah strategik
Kabinet Thai lulus projek bersama Malaysia kurangkan risiko banjir di Lembangan Golok
Tiga sindiket penipuan antarabangsa ditumpaskan di Malaysia
PM Thai Anutin arah rundingan segera dengan Malaysia susulan sekatan import udang
Sindiket penipuan antarabangsa alih operasi ke Malaysia
Malaysia-Tamil Nadu teroka kerjasama lebih erat pelihara arkib dan warisan
PM Anwar: Langkah tangani kos sara hidup dilaksana secara berperingkat
Malaysia sekat import siakap dan udang Thailand mulai hari ini
Kerajaan perkukuh rantaian bekalan, jamin peluang pekerjaan
Malaysia mula kuat kuasa sekatan umur media sosial, MyKad dan MyDigital ID jadi syarat wajib
Permintaan elektrik melonjak, Malaysia kurangkan arang batu dan tambah penggunaan gas
PM: Belanjawan 2027 mungkin dikurangkan, pendidikan tetap jadi keutamaan
Saham Asia meningkat, harga minyak kekal kukuh ketika dunia nantikan perkembangan rundingan Iran