ASIA
1 min membaca
Seorang askar Thai maut, 10 cedera susulan serangan Kemboja di Ta Phraya
Menurut laporan media, sekitar jam 9 malam pada Rabu, pasukan Kemboja melepaskan beberapa das mortar yang jatuh dekat kenderaan Stryker Thailand berhampiran pusat pemeriksaan Bueng Takwan di daerah Ta Phraya, wilayah Sa Kaeo.
Seorang askar Thai maut, 10 cedera susulan serangan Kemboja di Ta Phraya
Foto menunjukkan sebuah rumah yang didakwa pasukan Thailand dirosakkan oleh serangan Kemboja di wilayah Surin, Thailand, pada 11 Disember 2025. / AP

Seorang anggota tentera Thailand maut manakala 10 lagi cedera selepas pasukan Kemboja melepaskan tembakan mortar yang menghentam sebuah kenderaan berperisai Stryker milik Thailand di sektor hadapan Ta Phraya, menjadikannya korban ketujuh Thailand di kawasan tersebut, lapor The Nation.

Menurut laporan media, sekitar jam 9 malam pada Rabu, pasukan Kemboja melepaskan beberapa das mortar yang jatuh dekat kenderaan Stryker Thailand berhampiran pusat pemeriksaan Bueng Takwan di daerah Ta Phraya, wilayah Sa Kaeo.

Seorang anggota tentera maut manakala 10 lagi cedera dan kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Ta Phraya untuk rawatan.

Terdahulu pada hari yang sama, Kawasan Tentera Darat Pertama melancarkan operasi proaktif, menggerakkan unit infantri bersama kenderaan berperisai Stryker 8x8 bagi mengukuhkan kawalan di sekitar pusat pemeriksaan Bueng Takwan yang terletak berhadapan pintu masuk perdagangan sempadan Ban Ta Phraya.

Anggota bertugas juga menaikkan bendera Thailand dan memasang kawat sebagai perimeter pertahanan.

Anggota tentera yang terkorban dikenal pasti sebagai Prebet Thanarat Chanprathat daripada pasukan tempur Tentera Darat Pertama. Beliau merupakan anggota infantri dari Divisyen Infantri ke-11, berkhidmat dengan Rejimen Infantri ke-112, Batalion Infantri ke-3.

Cari Berita Lain
Malaysia-Jepun meterai empat Memorandum Kerjasama
Malaysia sasar peranan utama hab MRO Asia Pasifik susulan pelaburan RM267 juta Collins Aerospace
Malaysia kekalkan kuota minyak 2026 susulan keputusan OPEC+, fokus agenda RMK13
Pembangunan AI perlu ihsan, tidak gugat nilai kemanusiaan – PM Anwar
Kerajaan perkukuh operasi bersepadu, banteras warga asing salah guna pas lawatan
Gempa bumi Filipina: Sekurang-kurangnya 32 dikhuatiri maut, mangsa imbau detik cemas
PM Anwar dijangka saksi pemeteraian empat MoU strategik di Tokyo
Anwar lawat Jepun tiga hari, sasar perkasa kerjasama strategik komprehensif
Gempa 7.8 magnitud gegar selatan Filipina, tiga maut, amaran tsunami dikeluarkan
PM Anwar jamin sokongan berterusan bagi pelaburan berkualiti tinggi di Malaysia
Siasatan AS mungkin babit produk import negara ketiga, bukan kapasiti melampau Malaysia
Rundingan sempadan Malaysia-Indonesia kini di peringkat akhir, bakal muktamad Ogos ini
ASEAN perlu mempercepatkan grid serantau, hasilkan tenaga mampu milik
Pelaksanaan biodiesel B15 perkukuh keterjaminan tenaga negara
Tenaga nuklear dilihat sebagai solusi praktikal sokong RE, lonjakan permintaan pusat data
Krisis rantaian bekalan global: Malaysia, Indonesia perhalusi langkah strategik
Kabinet Thai lulus projek bersama Malaysia kurangkan risiko banjir di Lembangan Golok
Tiga sindiket penipuan antarabangsa ditumpaskan di Malaysia
PM Thai Anutin arah rundingan segera dengan Malaysia susulan sekatan import udang
Sindiket penipuan antarabangsa alih operasi ke Malaysia