China laksana rondaan di Laut China Selatan, dakwa Filipina ganggu kestabilan

Jurucakap Komando Teater Selatan Tentera Pembebasan Rakyat China, Zhai Shichen berkata pasukan itu akan “tegas mempertahankan kedaulatan wilayah serta hak dan kepentingan maritim China, dan mempertahankan keamanan serta kestabilan serantau.”

By
Rondaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada operasi rutin bagi memastikan keselamatan perairan yang dituntut China di kawasan berkenaan. (FAIL) / Reuters

Tentera China memaklumkan ia melaksanakan rondaan rutin di Laut China Selatan dari 23 hingga 26 Februari, sambil menuduh Filipina “mengganggu” keamanan dan kestabilan serantau menerusi penganjuran rondaan bersama dengan negara luar di rantau itu.

Jurucakap Komando Teater Selatan Tentera Pembebasan Rakyat China, Zhai Shichen berkata pasukan itu akan “tegas mempertahankan kedaulatan wilayah serta hak dan kepentingan maritim China, dan mempertahankan keamanan serta kestabilan serantau.”

Menurut kenyataan tersebut, rondaan berkenaan adalah sebahagian daripada operasi rutin bagi memastikan keselamatan perairan yang dituntut China di kawasan berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, angkatan tentera Filipina memaklumkan bahawa tentera laut Filipina, Amerika Syarikat dan Jepun telah menjalankan latihan bersama di Laut China Selatan minggu ini bagi meningkatkan kerjasama dalam kalangan sekutu ketenteraan tersebut.

Ketegangan di Laut China Selatan terus menjadi tumpuan, dengan beberapa negara menuntut kawasan bertindih di perairan strategik itu yang merupakan laluan perdagangan penting dunia.