Tentera Thai nafi dakwaan media Kemboja rancang serang wilayah Pursat

Timbalan Jurucakap Tentera Darat Kolonel menegaskan dakwaan itu “tidak benar sama sekali” dan meminta orang ramai supaya tidak mempercayai laporan tersebut.

By
(FAIL) Tentera Thailand menafikan dakwaan kononnya pasukan Thai merancang untuk menyerang wilayah Pursat pada Selasa.

Tentera Thailand menafikan laporan sebuah media Kemboja yang mendakwa kononnya pasukan Thai merancang melancarkan serangan ke atas wilayah Pursat pada 18 November, menyifatkannya sebagai berita palsu dan menggesa orang ramai untuk merujuk kepada saluran rasmi tentera, lapor The Nation.

Dalam kenyataan pada Isnin di Ibu Pejabat Tentera Darat Thailand, Timbalan Jurucakap Tentera Darat Kolonel Richa Suksuwanon menyelar laporan Fresh News — media pro-kerajaan Kemboja — yang mendakwa pasukan Thai sedang bersiap sedia untuk menyerang kawasan Thmor Da dan O’Plukdomrei di Pursat.

Beliau menegaskan bahawa dakwaan itu “tidak benar sama sekali” dan meminta orang ramai supaya tidak mempercayai laporan tersebut.

Kolonel Richa turut menekankan bahawa sebarang maklumat berhubung operasi atau keselamatan hanya boleh disahkan melalui saluran komunikasi rasmi Tentera Darat Diraja Thailand.