ASIA
2 min membaca
Thailand jamin bekalan minyak cukup, tidak perlu panik
Bagi mengurangkan beban rakyat, kerajaan Thailand terus mengekalkan had harga diesel pada kadar 29.94 baht (sekitar RM3.70) seliter di seluruh negara.
Thailand jamin bekalan minyak cukup, tidak perlu panik
Thailand dilaporkan mempunyai simpanan minyak yang mencukupi untuk menampung keperluan selama 95 hari. (FAIL) / Reuters

Menteri Tenaga Thailand Auttapol Rerkpiboon memberi jaminan bahawa negara itu tidak akan berdepan masalah kekurangan bahan api meskipun harga minyak dunia melonjak naik, lapor The Nation.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan Thai telah memperluas sumber import di luar rantau Timur Tengah dan memanfaatkan rangkaian perdagangan antarabangsa PTT bagi memastikan bekalan pasaran domestik kekal stabil dan berterusan.

Negara gajah putih itu kini mempunyai simpanan minyak yang mencukupi untuk menampung keperluan selama 95 hari.

Sebagai langkah luar jangka, pihak berkuasa turut memperketat syarat simpanan stok, menggantung sementara beberapa aktiviti eksport bahan api, dan bersedia membawa masuk produk petroleum bertapis sekiranya keadaan mendesak susulan gangguan di Selat Hormuz.

Bagi mengurangkan beban rakyat, kerajaan Thailand terus mengekalkan had harga diesel pada kadar 29.94 baht (sekitar RM3.70) seliter di seluruh negara.

Auttapol mendedahkan bahawa Dana Bahan Api Minyak kini menyediakan subsidi diesel sebanyak 9.57 baht (RM1.18) seliter, melibatkan perbelanjaan mencecah 700 juta baht (RM86.6 juta) sehari bagi menyerap kenaikan kos pengangkutan dan sara hidup.

Menyentuh isu kenaikan harga diesel sehingga 40.50 baht (RM5) di kawasan pedalaman seperti Mae Hong Son, beliau menjelaskan ia berpunca daripada kos logistik yang tinggi dan penglibatan orang tengah.

Kementerian itu merancang untuk membenarkan pengusaha di kawasan terpencil membeli terus daripada pedagang bahan api utama bagi memintas orang tengah sekali gus menurunkan harga jualan.

Auttapol turut menggesa orang ramai supaya tidak melakukan pembelian panik yang boleh menjejaskan sistem penghantaran bahan api ke stesen minyak.

Beliau memberi amaran bahawa pemantauan ketat akan dilakukan terhadap pembelian pukal yang mencurigakan bagi tujuan menyorok bekalan atau dijual semula untuk keuntungan mudah.

"Thailand mempunyai bekalan yang lebih daripada mencukupi untuk permintaan biasa. Rakyat tidak perlu bimbang atau melakukan simpanan melampau kerana sistem perolehan kita masih utuh dan berfungsi dengan baik," katanya.

Cari Berita Lain
Anwar pertahan kenyataan mengenai Taiwan susulan reaksi negatif
Polis hantar pasukan khas ke Islamabad siasat penahanan rakyat Malaysia disyaki scammer
Anwar mahu pertahanan Sabah diperkukuh, bimbang perluasan ketenteraan AS di Filipina
Pelan perkukuh kawalan pintu masuk Malaysia dibentang ke Kabinet esok
Anggota TLDM selamat susulan insiden latihan di Laut China Selatan
Malaysia sasar jadi negara paling terhubung di Asia Pasifik – Loke
Myanmar setuju bawa pulang 5,000 pelarian dari Malaysia naik kapal
Permintaan masakan Jepun pacu eksport ke Malaysia
Malaysia perluas fokus KL20 2026 kepada 8 sektor utama pertumbuhan 'startup'
Sembcorp Singapura dapat kelulusan import tenaga boleh baharu 300MW dari Malaysia
Malaysia lancar siasatan anti-lambakan import keluli dari China, Taiwan dan Vietnam
Myanmar, Bangladesh bincang sambung semula mesyuarat bilateral, projek paip gas dan kerjasama tenaga
Prospek Malaysia tergugat, skuad muda Thailand terus cemerlang di Kejohanan ASEAN
Seni bina keselamatan ASEAN perlu jadi teras penglibatan Indo-Pasifik: Khaled
Penganjuran F1 mampu jana aktiviti ekonomi Malaysia lebih RM1 bilion
Menteri Pertahanan Thai beri taklimat isu keselamatan sempadan kepada rakan sejawat Malaysia
Malaysia pertimbang semula keberadaan UNHCR jika enggan kerjasama, kata Menteri Luar
PM gesa pendekatan dakwah lebih bijak, berteraskan teknologi
Zon ekonomi sempadan Malaysia-Thailand pacu perdagangan, jimat kos logistik
ASEAN pertimbang penanda aras baharu, utusan khas jangka panjang pulihkan pelan damai Myanmar