ASIA
2 min membaca
Singapura turun ke tangga ke-7 dalam daya saing bakat global
Antara faktor yang diungkapkan adalah kos sara hidup yang meningkat dan pemindahan organisasi ke negara-negara jiran.
Singapura turun ke tangga ke-7 dalam daya saing bakat global
Kemerosotan paling ketara oleh Singapura dalam pelaburan dan pembangunan, di mana negara jatuh dari tangga ke-22 pada tahun 2024 ke kedudukan ke-30. / AP

Singapura merosot lima anak tangga ke tempat ketujuh dalam kedudukan global daya tarikan bakat, sekaligus kehilangan statusnya sebagai peneraju teratas Asia kepada Hong Kong yang melonjak ke tangga keempat, lapor CNA.

Laporan tahunan terbaharu oleh Institute for Management Development (IMD) World Competitiveness Center mengetengahkan kelemahan Singapura dari segi perbelanjaan pendidikan awam—hanya 2.1% daripada KDNK, menduduki tempat ke-63 secara global—dan kos sara hidup yang tinggi, di mana ia berada di kedudukan ke-65.

Kemerosotan paling ketara dialami oleh Singapura adalah dalam pelaburan dan pembangunan, di mana negara itu jatuh dari tangga ke-22 pada tahun 2024 ke kedudukan ke-30.

Walaupun begitu, Singapura mengekalkan kekuatan dalam kesediaan bakat dengan menduduki tempat kedua. Negara itu cemerlang dalam kualiti pendidikan peringkat rendah dan menengah, purata graduan sains, serta keupayaan menarik profesional asing berkemahiran tinggi.

Sistem pendidikannya juga terus dipuji sebagai selaras dengan keperluan ekonomi kompetitif.

Pengarah  IMD, Arturo Bris, menyatakan faktor kos sara hidup yang meningkat merupakan sebab orang yang berbakat berhijrah kelaur dari Singapura. Profesor Misiek Psikorski, dekan pendidikan eksekutif di IMD menyatakan pemindahan organisasi ke negara jiran seperti Malaysia dan Vietnam sebagai penyebab kemerosotan tersebut. "Syarikat boleh mendapatkan tenaga kerja berkualiti setara dengan harga lebih rendah," ujar Profesor Misiek Piskorski.

Hong Kong dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) muncul sebagai pesaing serantau yang kukuh dengan kedua-duanya memasuki sepuluh teratas. Hong Kong diiktiraf atas kecemerlangan akademik, manakala UAE unggul dengan sektor swasta yang sangat kompetitif.

Ekonomi Asia lain yang turut tersenarai termasuk Taiwan (ke-17), Malaysia (ke-25), Korea Selatan (ke-37), dan China (ke-38).

Walaupun menghadapi cabaran ini, IMD yakin Singapura mampu pulih dengan pelan strategi untuk menarik kembali bakat dan organisasi global.

Cari Berita Lain
Gempa 7.8 magnitud gegar selatan Filipina, tiga maut, amaran tsunami dikeluarkan
PM Anwar jamin sokongan berterusan bagi pelaburan berkualiti tinggi di Malaysia
Siasatan AS mungkin babit produk import negara ketiga, bukan kapasiti melampau Malaysia
Rundingan sempadan Malaysia-Indonesia kini di peringkat akhir, bakal muktamad Ogos ini
ASEAN perlu mempercepatkan grid serantau, hasilkan tenaga mampu milik
Pelaksanaan biodiesel B15 perkukuh keterjaminan tenaga negara
Tenaga nuklear dilihat sebagai solusi praktikal sokong RE, lonjakan permintaan pusat data
Krisis rantaian bekalan global: Malaysia, Indonesia perhalusi langkah strategik
Kabinet Thai lulus projek bersama Malaysia kurangkan risiko banjir di Lembangan Golok
Tiga sindiket penipuan antarabangsa ditumpaskan di Malaysia
PM Thai Anutin arah rundingan segera dengan Malaysia susulan sekatan import udang
Sindiket penipuan antarabangsa alih operasi ke Malaysia
Malaysia-Tamil Nadu teroka kerjasama lebih erat pelihara arkib dan warisan
PM Anwar: Langkah tangani kos sara hidup dilaksana secara berperingkat
Malaysia sekat import siakap dan udang Thailand mulai hari ini
Kerajaan perkukuh rantaian bekalan, jamin peluang pekerjaan
Malaysia mula kuat kuasa sekatan umur media sosial, MyKad dan MyDigital ID jadi syarat wajib
Permintaan elektrik melonjak, Malaysia kurangkan arang batu dan tambah penggunaan gas
PM: Belanjawan 2027 mungkin dikurangkan, pendidikan tetap jadi keutamaan
Saham Asia meningkat, harga minyak kekal kukuh ketika dunia nantikan perkembangan rundingan Iran