ASIA
1 min membaca
Bekalan diesel Malaysia stabil, penguatkuasaan akan dipertingkat
Gangguan terpencil yang dilaporkan sebelum ini berpunca daripada isu logistik, seperti kelewatan penghantaran ke pelabuhan dan depot, dan bukannya disebabkan oleh masalah kekurangan bekalan.
Bekalan diesel Malaysia stabil, penguatkuasaan akan dipertingkat
Kerajaan Malaysia memberi jaminan bekalan diesel dalam negara kekal mencukupi. (FOTO FAIL) / Reuters

Kerajaan Malaysia memberi jaminan bahawa bekalan diesel dalam negara kekal mencukupi, namun langkah penguatkuasaan akan terus diperkukuh bagi mengelakkan sebarang ketirisan dalam rantaian bekalan susulan ketidaktentuan global ketika ini, menurut laporan BERNAMA.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Armizan Mohd Ali memaklumkan beberapa gangguan terpencil yang dilaporkan sebelum ini berpunca daripada isu logistik, seperti kelewatan penghantaran ke pelabuhan dan depot, dan bukannya disebabkan oleh masalah kekurangan bekalan.

"Isu-isu ini telah dan sedang ditangani dengan segera. Sehubungan itu, orang ramai digalakkan untuk mengemukakan aduan melalui platform rasmi KPDN sekiranya terdapat stesen minyak yang menghadapi masalah kekurangan bekalan," katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa kerajaan akan terus memperkasa program Jualan Rahmah Madani sebagai mekanisme intervensi utama bagi membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup.

Menurut beliau, bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Mac tahun ini, sebanyak 7,320 program tersebut telah dilaksanakan di seluruh negara, yang mencatatkan lebih daripada 7.38 juta transaksi.

Cari Berita Lain
Anwar pertahan kenyataan mengenai Taiwan susulan reaksi negatif
Polis hantar pasukan khas ke Islamabad siasat penahanan rakyat Malaysia disyaki scammer
Anwar mahu pertahanan Sabah diperkukuh, bimbang perluasan ketenteraan AS di Filipina
Pelan perkukuh kawalan pintu masuk Malaysia dibentang ke Kabinet esok
Anggota TLDM selamat susulan insiden latihan di Laut China Selatan
Malaysia sasar jadi negara paling terhubung di Asia Pasifik – Loke
Myanmar setuju bawa pulang 5,000 pelarian dari Malaysia naik kapal
Permintaan masakan Jepun pacu eksport ke Malaysia
Malaysia perluas fokus KL20 2026 kepada 8 sektor utama pertumbuhan 'startup'
Sembcorp Singapura dapat kelulusan import tenaga boleh baharu 300MW dari Malaysia
Malaysia lancar siasatan anti-lambakan import keluli dari China, Taiwan dan Vietnam
Myanmar, Bangladesh bincang sambung semula mesyuarat bilateral, projek paip gas dan kerjasama tenaga
Prospek Malaysia tergugat, skuad muda Thailand terus cemerlang di Kejohanan ASEAN
Seni bina keselamatan ASEAN perlu jadi teras penglibatan Indo-Pasifik: Khaled
Penganjuran F1 mampu jana aktiviti ekonomi Malaysia lebih RM1 bilion
Menteri Pertahanan Thai beri taklimat isu keselamatan sempadan kepada rakan sejawat Malaysia
Malaysia pertimbang semula keberadaan UNHCR jika enggan kerjasama, kata Menteri Luar
PM gesa pendekatan dakwah lebih bijak, berteraskan teknologi
Zon ekonomi sempadan Malaysia-Thailand pacu perdagangan, jimat kos logistik
ASEAN pertimbang penanda aras baharu, utusan khas jangka panjang pulihkan pelan damai Myanmar