Senat Amerika Syarikat (AS) secara rasmi melantik Sean Kotaro O'Neill, seorang diplomat veteran yang mempunyai pengalaman luas di Asia Tenggara, sebagai Duta Besar AS yang baharu ke Thailand. Pengesahan ini sebahagian daripada lebih 100 calon jawatan eksekutif yang diluluskan dalam undian 51-47 pada 7 Oktober 2025.
O'Neill, yang pernah berkhidmat sebagai Konsul Jeneral di Chiang Mai, merupakan ahli Perkhidmatan Luar Negeri Kanan dan menggantikan Robert F. Godec yang memegang jawatan itu sejak Oktober 2022. Pelantikan beliau mengisi jawatan diplomatik penting dalam kalangan sekutu utama AS di Asia.
Beliau mencerminkan seorang pakar serantau yang berkaliber. Kerjayanya merangkumi lapan tugasan luar negara merentasi Indo-Pasifik, termasuk di Bangladesh, Pakistan, Myanmar, dan Hong Kong. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai penasihat dasar luar negara kepada Pemerintah Kor Marin AS.
Diplomat veteran ini pernah menjadi peguam pasaran modal di New York dan Tokyo. Bakal Duta AS ini juga pernah belajar bahasa Asia seperti bahasa Thai, Burma, dan China.
O'Neill pernah menyatakan apakah tindakan beliau untuk memastikan gencatan senjata di antara Kemboja dan Thailand agar berkekalan.
Beliau menyatakan bahawa, “Konflik seperti ini tidak membantu rakyat mereka, tidak mengukuhkan pakatan kita, dan tidak menangani cabaran yang dihadapi kedua-dua negara. Ia hanya pembaziran nyawa dan sumber.”