ASIA
2 min membaca
Kren tumbang hempap kereta api di Thailand, 28 maut
Empat gerabak tergelincir, dengan gerabak satu dan dua mengalami kerosakan paling teruk, manakala kebakaran turut dilaporkan di salah sebuah gerabak.
Kren tumbang hempap kereta api di Thailand, 28 maut
Kren yang mengangkat muatan konkrit itu dilaporkan gagal menahan beban sebelum muatan tersebut jatuh di atas keretapi api. / AP

Sebuah kren di tapak binaan di daerah Sikhio, Thailand runtuh dan menghempap sebuah tren penumpang yang sedang bergerak pada Rabu, menyebabkan 28 maut dan 64 yang lain cedera, lapor The Nation.

Kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu membabitkan Kereta Api Ekspres Khas No. 21, iaitu perkhidmatan kereta api diesel dari Stesen Krung Thep Aphiwat ke Ubon Ratchathani, yang dilanggar muatan konkrit besar ketika kerja-kerja pembinaan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi sedang dijalankan.

Kren yang mengangkat muatan konkrit itu dilaporkan gagal menahan beban sebelum muatan tersebut jatuh tepat di atas gerabak kereta api di penanda kilometer 220 di Kampung Ban Thanon Kot.

Empat gerabak tergelincir, dengan gerabak satu dan dua mengalami kerosakan paling teruk, manakala kebakaran turut dilaporkan di salah sebuah gerabak.

Pasukan penyelamat mendapati terdapat struktur kren besi besar melintang di atas gerabak, menyebabkan bumbung runtuh, cermin pecah dan rangka tren melengkung.

Operasi menyelamat memerlukan kerja pemotongan dan mengeluarkan mangsa yang terperangkap sebelum mereka dihantar ke hospital berhampiran.

Menurut laporan awal, pihak berkuasa masih mengesahkan angka korban sebenar selepas beberapa mangsa ditemui tidak bernyawa di lokasi kejadian.

Operasi menyelamat membabitkan pelbagai agensi termasuk Pegawai Daerah Sikhio, Keretapi Negara Thailand, pasukan perubatan, sukarelawan dan pihak berkuasa tempatan.

Punca kejadian masih dalam siasatan, sementara pihak berkuasa menumpukan usaha menyelamat, pemindahan mangsa serta menilai tahap keselamatan projek pembinaan rel di kawasan berkenaan.

Cari Berita Lain
Malaysia-Jepun meterai empat Memorandum Kerjasama
Malaysia sasar peranan utama hab MRO Asia Pasifik susulan pelaburan RM267 juta Collins Aerospace
Malaysia kekalkan kuota minyak 2026 susulan keputusan OPEC+, fokus agenda RMK13
Pembangunan AI perlu ihsan, tidak gugat nilai kemanusiaan – PM Anwar
Kerajaan perkukuh operasi bersepadu, banteras warga asing salah guna pas lawatan
Gempa bumi Filipina: Sekurang-kurangnya 32 dikhuatiri maut, mangsa imbau detik cemas
PM Anwar dijangka saksi pemeteraian empat MoU strategik di Tokyo
Anwar lawat Jepun tiga hari, sasar perkasa kerjasama strategik komprehensif
Gempa 7.8 magnitud gegar selatan Filipina, tiga maut, amaran tsunami dikeluarkan
PM Anwar jamin sokongan berterusan bagi pelaburan berkualiti tinggi di Malaysia
Siasatan AS mungkin babit produk import negara ketiga, bukan kapasiti melampau Malaysia
Rundingan sempadan Malaysia-Indonesia kini di peringkat akhir, bakal muktamad Ogos ini
ASEAN perlu mempercepatkan grid serantau, hasilkan tenaga mampu milik
Pelaksanaan biodiesel B15 perkukuh keterjaminan tenaga negara
Tenaga nuklear dilihat sebagai solusi praktikal sokong RE, lonjakan permintaan pusat data
Krisis rantaian bekalan global: Malaysia, Indonesia perhalusi langkah strategik
Kabinet Thai lulus projek bersama Malaysia kurangkan risiko banjir di Lembangan Golok
Tiga sindiket penipuan antarabangsa ditumpaskan di Malaysia
PM Thai Anutin arah rundingan segera dengan Malaysia susulan sekatan import udang
Sindiket penipuan antarabangsa alih operasi ke Malaysia