ASIA
3 min membaca
Tentera Thai sahkan periuk api baharu dipasang di Huai Ta Maria, Kemboja nafi dakwaan
Siasatan bersama oleh tentera, Bahagian Forensik Polis Wilayah dan Polis Bueng Malu menemukan kawah sedalam 18 sentimeter dan serpihan periuk api jenis PMN-2.
Tentera Thai sahkan periuk api baharu dipasang di Huai Ta Maria, Kemboja nafi dakwaan
(FAIL) Seorang anggota TMAC menunjukkan demonstrasi letupan periuk api jenis PMN-2 semasa lawatan di Surin, Thailand, 20 Ogos 2025. / Reuters

Tentera Diraja Thailand (RTA) mengesahkan letupan di Huai Ta Maria, daerah Kantharalak di wilayah Si Sa Ket pada Isnin berpunca daripada periuk api yang baru dipasang — satu tindakan yang disifatkan sebagai pelanggaran jelas terhadap deklarasi damai bersama serta tanda permusuhan yang masih berterusan, lapor The Nation.

Jurucakap RTA Mejar Jeneral Winthai Suwaree berkata empat anggotanya cedera dalam insiden itu — Sarjan Mejar Kelas Pertama Therdsak Samapong yang kehilangan pergelangan kaki kanan, Prajurit Vajira Panthana yang mengalami sakit dada akibat hentakan letupan, Prajurit Apirak Srichomchai yang terkena serpihan di kaki, dan Prajurit Anucha Sujaree yang mengalami iritasi mata dipercayai akibat habuk atau sisa kimia.

Kesemua mereka kini dirawat di hospital tempatan.

Menurutnya, kejadian berlaku semasa rondaan rutin oleh pasukan Wilayah Tentera Kedua.

Kawasan itu sebelum ini pernah diduduki tentera Kemboja sebelum mereka berundur selepas pertempuran sebelum ini.

Tentera Thailand mengambil alih sepenuhnya pada 17 Oktober lalu, menjalankan operasi pembersihan periuk api, memasang kawat duri dan melaksanakan rondaan berterusan.

Namun, pada 9 November, pasukan Thailand mendapati sebahagian daripada pagar kawat duri yang dipasang telah dipotong.

Keesokan paginya kira-kira jam 8.30 pagi, pasukan rondaan bersama jurutera tentera dihantar untuk memeriksa kawasan itu sebelum periuk api meletup dan mencederakan empat anggota tersebut.

Siasatan bersama oleh tentera, Bahagian Forensik Polis Wilayah dan Polis Bueng Malu menemukan kawah sedalam 18 sentimeter dan serpihan periuk api jenis PMN-2, selain tiga lagi periuk api yang sama ditanam berjarak kira-kira satu meter antara satu sama lain.

“Bukti menunjukkan kawasan periuk api ini baru dipasang selepas pagar kawat duri dirosakkan, jelas menyasarkan tentera Thailand yang meronda di situ,” kata Winthai.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai bukti sikap tidak ikhlas Kemboja dalam usaha mengurangkan ketegangan serta pelanggaran terhadap deklarasi damai.

“Ia mencerminkan sikap bermusuhan dan menjejaskan kedudukan serta perjanjian berkaitan Thailand,” tegasnya.

Susulan insiden itu, kerajaan Kemboja menafikan sekeras-kerasnya tuduhan bahawa tenteranya memasang periuk api baharu di sempadan, mendakwa letupan pada 10 November di kawasan Phnom Trop berhampiran Kuil Preah Vihear berpunca daripada periuk api lama sejak era perang saudara 1970-an dan 1980-an.

Dalam kenyataan Kementerian Luar Kemboja, kerajaan menzahirkan kebimbangan terhadap laporan media bahawa Thailand menggantung pelaksanaan Deklarasi Bersama yang ditandatangani kedua-dua perdana menteri di Kuala Lumpur pada 26 Oktober lalu yang disaksikan Presiden AS Donald Trump dan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim.

Panglima Tentera Darat Thailand Jeneral Pana Klaewplodthuk pada Selasa mengumumkan penggantungan pelaksanaan deklarasi damai itu selepas empat anggotanya cedera akibat letupan di Si Sa Ket.

“Kebenaran kini jelas — tanda permusuhan masih wujud. Tentera Diraja Thailand perlu menggantung semua perjanjian bagi mempertahankan hak kami daripada serangan tidak adil,” katanya dalam kenyataan di laman rasmi RTA.

Cari Berita Lain
Malaysia perluas fokus KL20 2026 kepada 8 sektor utama pertumbuhan 'startup'
Sembcorp Singapura dapat kelulusan import tenaga boleh baharu 300MW dari Malaysia
Malaysia lancar siasatan anti-lambakan import keluli dari China, Taiwan dan Vietnam
Myanmar, Bangladesh bincang sambung semula mesyuarat bilateral, projek paip gas dan kerjasama tenaga
Prospek Malaysia tergugat, skuad muda Thailand terus cemerlang di Kejohanan ASEAN
Seni bina keselamatan ASEAN perlu jadi teras penglibatan Indo-Pasifik: Khaled
Penganjuran F1 mampu jana aktiviti ekonomi Malaysia lebih RM1 bilion
Menteri Pertahanan Thai beri taklimat isu keselamatan sempadan kepada rakan sejawat Malaysia
Malaysia pertimbang semula keberadaan UNHCR jika enggan kerjasama, kata Menteri Luar
PM gesa pendekatan dakwah lebih bijak, berteraskan teknologi
Zon ekonomi sempadan Malaysia-Thailand pacu perdagangan, jimat kos logistik
ASEAN pertimbang penanda aras baharu, utusan khas jangka panjang pulihkan pelan damai Myanmar
Sidang kemuncak ASEAN buka tirai dengan seruan perpaduan di tengah-tengah pergolakan global
Malaysia akan bangunkan mekanisme sendiri urus pelarian
Menteri Luar ASEAN mahu bincang 'langkah seterusnya' tangani isu Myanmar
Tragedi bot karam: Lebih 500 pelarian Rohingya dikhuatiri maut di perairan Myanmar
Krisis bekalan global: Anwar arah tindakan segera kurangkan tekanan kos pengilang
Zon Ekonomi Sempadan Malaysia-Thailand lonjak perdagangan serantau ASEAN
Gempa bumi besar di Asia boleh beri kesan kepada Singapura, Malaysia — kajian
Presiden Singapura mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia