Ekonomi digital Asia Tenggara terus kukuh, sasar lebih AS$300 bilion 2025

Google berkata sasaran asal untuk mencapai nilai US$200 bilion pada 2025 telah pun dicapai tiga tahun lebih awal.

By
(FAIL) Laporan itu mengunjurkan hasil gabungan ekonomi digital serantau mencecah US$135 bilion tahun ini, disokong peningkatan keuntungan.

Ekonomi digital Asia Tenggara dijangka melepasi US$300 bilion (RM1.24 trilion) menjelang akhir tahun ini, didorong pertumbuhan pesat sepanjang sedekad lalu, menurut laporan e-Conomy SEA edisi ke-10 oleh Google, Temasek dan Bain & Company, lapor Bernama.

Laporan yang dilancarkan pada 11 November itu turut memperluaskan liputan kepada Brunei, Kemboja, Laos dan Myanmar — menjadikannya 10 negara secara keseluruhan — berbanding edisi terdahulu yang hanya merangkumi Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Google berkata sasaran asal untuk mencapai nilai US$200 bilion pada 2025 telah pun dicapai tiga tahun lebih awal.

Laporan itu mengunjurkan hasil gabungan ekonomi digital serantau mencecah US$135 bilion (RM558 bilion) tahun ini, disokong peningkatan keuntungan.

Empat negara tambahan menyumbang sekitar 2% nilai dagangan kasar, namun dimasukkan untuk memberi gambaran lebih menyeluruh mengenai perkembangan ekonomi digital rantau ini.

E-dagang kekal sebagai segmen terbesar dengan nilai jualan diunjurkan mencecah US$185 bilion (RM766 bilion) sementara hasil sekitar US$41 bilion (RM169 bilion) tahun ini.

Sektor pelancongan dalam talian pula terus berkembang, dipacu tambang penerbangan dan kadar penginapan yang tinggi serta peluasan dasar visa di beberapa negara.

Pembiayaan swasta menunjukkan peningkatan sekitar 15% kepada US$8 bilion (RM33 bilion) berbanding tahun lalu.

Dalam bidang kecerdasan buatan (AI), lebih US$2 bilion (RM8 bilion) dilaburkan dalam syarikat pemula berkaitan AI dalam tempoh setahun, dengan Singapura kekal sebagai hab AI serantau.

Singapura menarik US$1.31 bilion (RM5.42 bilion) dana AI swasta dari separuh kedua 2024 hingga separuh pertama 2025 — mewakili 55% daripada keseluruhan pelaburan AI dalam 10 negara Asia Tenggara yang.