SENI & BUDAYA
3 min membaca
Perginya lagenda dunia, Ozzy Osbourne, Putera Kegelapan
Vokalis Black Sabbath, Ozzy Osbourne, telah meninggal dunia pada usia 76 tahun.
Perginya lagenda dunia, Ozzy Osbourne, Putera Kegelapan
Seorang peminat meletakkan bunga untuk memperingati kematian Ozzy Osbourne di Birmingham, 23 Julai 2025.
24 Julai 2025

Dunia heavy metal kini membeku saat kita berduka atas pemergian John Michael "Ozzy" Osbourne, vokalis ikonik Black Sabbath, yang meninggal dunia pada usia 76 tahun. Selama lebih lima dekad, suara Ozzy yang menghantui, kehadiran pentas yang menggelegar, dan pemberontakannya yang tiada maaf bukan sekadar mentakrifkan sebuah kugiran, tetapi seluruh genre. Pemergiannya menandakan pengakhiran suatu era—namun legasinya sebagai Bapa Heavy Metal akan terus bergema buat selamanya.  

Dari Birmingham ke lagenda global  

Dilahirkan di dalam keluarga kelas pekerja di Birmingham, England, Ozzy dan rakan-rakan seperjuangannya dalam Sabbath—Tony Iommi, Geezer Butler, dan Bill Ward—mencipta suatu bunyi yang begitu gelap, begitu berat, sehingga melahirkan heavy metal itu sendiri. Dari riff muram album sulung mereka pada 1970 hinggalah keganasan lagu "Paranoid," Black Sabbath bukan sekadar mencipta muzik—mereka mencetuskan gempa budaya.  

Peminat dari seluruh dunia kini berpusu ke mural kugiran itu di Birmingham, meninggalkan bunga, catatan tulisan tangan, dan isyarat tanduk sebagai penghormatan. "Terima kasih untuk muzik," tulis seorang. 

Penghormatan dari para lagenda 

Dunia muzik kini bersatu dalam kesedihan. Elton John memujinya sebagai "lagenda sejati," manakala Alice Cooper memuji "penghibur tiada tandingan." Rod Stewart, Ronnie Wood, dan ramai lagi menyuarakan hal yang sama—Ozzy bukan sekadar penyanyi; dia adalah ikon heavy metal.

Dunia muzik kini bersatu dalam kesedihan. Elton John memujinya sebagai "lagenda sejati," manakala Alice Cooper memuji "penghibur tiada tandingan." Rod Stewart, Ronnie Wood, dan ramai lagi menyuarakan hal yang sama—Ozzy bukan sekadar penyanyi; dia adalah ikon heavy metal

Bahkan di luar Sabbath, kerjaya solonya—dengan album legenda seperti "Blizzard of Ozz" dan "No More Tears"—mengukuhkan tempatnya dalam sejarah rock. Kemasukannya ke Rock & Roll Hall of Fame (dua kali—dengan Sabbath pada 2006 dan sebagai artis solo pada 2023) membuktikan pengaruhnya yang tiada tandingan.  

Manusia di sebalik mitos  

Ozzy lebih dari sekadar imej liar. Dia juga seorang ayah dan suami. Perangnya dengan ketagihan dan kemudian dengan penyakit Parkinson, serta kejujurannya tentang kegelapan hidupnya menjadikannya “manusia sebenar”. Walaupun hidup Ozzy penuh dengan ombak, dia tidak tetap setia kepada peminat.  

Siapa lagi yang boleh menggigit kepala kelawar sangkaannya palsu dan menjadikannya kisah lagenda rock? Ozzy fikir itu patung kelawar lalu mengigitnya dan dapati ia sebenarnya benar. Suntikan rabies yang terpaksa diambil oleh Ozzy tidak “seronok”, katanya. 

Ozzy juga muncul dalam rancangan TV realiti “The Osbournes” pada tahun 2000-an yang mengikuti kisah hidup keluarganya. Sikap keterbukaan keluarga Ozzy berkenaan penyakit Parkinson telah menormalisasikan topik yang sukar untuk dibawa bercakap, menurut Caroline Rassell dari Parkinson’s UK, sebuah badan amal.

Dari kelab-kelab penuh asap di Birmingham ke pentas terbesar di dunia dan digelombang radio hinggalah ke platform muzik terkini, Ozzy Osbourne dan Black Sabbath telah meninggalkan kesan abadi dalam dunia heavy metal.  

Bersemadilah Putera Kegelapan. 


SUMBER:TRT World
Cari Berita Lain
Mengapa dunia perlu ada sahabat sejati di era kesepian digital dan hiperkonektiviti
Legenda gusti Hulk Hogan meninggal dunia pada usia 71 tahun
Yang hilang, kini kembali: Patung Marcus Aurelius pulang ke Turkiye selepas 65 tahun
AI gantikan manusia di sebalik watak permainan kegemaran anda? Tidak, tanpa perjanjian baru ini
Bintang Bollywood Saif Ali Khan hilang hak ke atas harta pusaka berbilion rupee
Trump umum rancangan untuk perlawanan UFC di Rumah Putih sempena ulang tahun ke-250 AS
'Hari yang sedih untuk bola sepak': Bintang Liverpool Jota maut dalam kemalangan kereta
CCFP, kumpulan lobi Hollywood pro-Israel serang Kneecap
Sekutu Turkiye dalam melawan kutu: Burung puyuh
Jemaah haji lontar 'jamrah' tanda hampir berakhirnya ibadah Haji di Arab Saudi
Arab Saudi guna AI untuk pergerakan jemaah Haji ke Arafah
Arab Saudi lancar sistem penyejukan 155,000 tan untuk lindungi jemaah Haji daripada cuaca panas
Arab Muslim vs Kristian putih: Siapa pengganas dan siapa bukan?
Menteri dalam negeri Perancis dikritik kerana gelar penyokong PSG sebagai puak gasar
'Perang terhadap Shrek:' Ahli undang-undang Rusia kecam kartun Barat kerana ‘merosakkan kanak-kanak’
Seorang jemaah Haji Libya tidak dibenarkan naik pesawat. Kemudian pesawat rosak dua kali
Pemimpin dunia, rakyat berkumpul beri penghormatan terakhir kepada Pope Francis di St. Peter
Sekilas pandang: Lelaki berjubah putih yang memikul duka dunia
Karya agung Osman Hamdi Bey yang hilang muncul semula selepas 100 tahun
Kelas global Türkiye: Mengukuhkan hubungan kebudayaan dan diplomasi melalui pendidikan