ASIA
1 min membaca
Kemboja, Thailand mula rundingan damai tuntutan maritim di Singapura
Kemboja berkata penyelesaian pertikaian itu juga berpotensi membuka peluang pembangunan sumber minyak dan gas luar pesisir di kawasan terbabit.
Kemboja, Thailand mula rundingan damai tuntutan maritim di Singapura
(FAIL) Kemboja dan Thailand akan memulakan proses rundingan di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS). / AP

Kemboja dan Thailand akan memulakan proses rundingan di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) di Singapura pada 14 hingga 16 September bagi mencari penyelesaian secara aman terhadap tuntutan maritim bertindih antara kedua-dua negara, laport The Phnom Penh Post.

Kementerian Luar Kemboja berkata Suruhanjaya Konsiliasi yang ditubuhkan mengikut Lampiran V UNCLOS akan mengadakan mesyuarat pertamanya dengan wakil kedua-dua negara, dengan kenyataan pembukaan dijadualkan pada 15 September.

“Mesyuarat ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam proses aman yang dimulakan Kemboja untuk menyelesaikan perbezaan maritim antara kedua-dua negara,” kata kementerian itu dalam kenyataan.

Menurut kementerian, Kemboja memulakan proses konsiliasi wajib selepas Thailand didakwa menamatkan kerangka dua hala yang digunakan kedua-dua negara selama lebih dua dekad untuk merundingkan tuntutan maritim bertindih mereka.

Proses rundingan itu tidak menghasilkan keputusan yang mengikat seperti mahkamah atau tribunal timbang tara dan tidak menentukan sempadan maritim secara langsung.

Sebaliknya, panel berkecuali akan membantu kedua-dua pihak mengenal pasti titik persetujuan dan mencari penyelesaian secara baik.

Kemboja berkata penyelesaian pertikaian itu juga berpotensi membuka peluang pembangunan sumber minyak dan gas luar pesisir di kawasan terbabit.

“Kemboja yakin bahawa undang-undang antarabangsa menyediakan asas bagi penyelesaian pertikaian antara negara secara aman,” kata kementerian itu.