DUNIA
1 min membaca
Malaysia desak tindakan segera henti kekejaman di Sudan
Wisma Putra berkata laporan mengenai pembunuhan beramai-ramai, kekejaman terhadap orang awam serta perpindahan besar-besaran amat membimbangkan.
Malaysia desak tindakan segera henti kekejaman di Sudan
Malaysia berkata semua pihak terlibat perlu menjamin penghantaran bantuan kemanusiaan tanpa halangan.
4 November 2025

Malaysia menyuarakan kebimbangan terhadap krisis keselamatan dan kemanusiaan yang semakin meruncing di Sudan, khususnya konflik yang berlarutan di wilayah Darfur.

Wisma Putra berkata laporan mengenai pembunuhan beramai-ramai, kekejaman terhadap orang awam serta perpindahan besar-besaran amat membimbangkan.

“Tindakan ini jelas melanggar Undang-Undang Antarabangsa dan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa,” kata Kementerian Luar Negeri.

Malaysia menyeru semua pihak agar menahan diri dan mematuhi kewajipan mereka untuk melindungi nyawa serta mengelakkan kemusnahan terhadap prasarana awam.

Bagi mengurangkan penderitaan orang awam, Wisma Putra berkata semua pihak terlibat perlu menjamin penghantaran bantuan kemanusiaan tanpa halangan dan ancaman keselamatan, termasuk pewujudan koridor khas bagi penyaluran bantuan ke kawasan terjejas.

“Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Sudan dan komited menyokong segala usaha serantau dan antarabangsa bagi mengembalikan keamanan, kestabilan serta keselamatan di negara itu,” tambah kenyataan itu.

SUMBER:trt global, TRT Global
Cari Berita Lain
Peraturan dunia utamakan kuasa berbanding keadilan: Ketua Pengarah TRT Sobaci
Google dan Amazon guna isyarat ‘wink’ maklum Israel tentang permintaan data
Perancis naikkan amaran selesema burung ke tahap 'tinggi' berikutan wabak awal di ladang ternakan
Pasport Amerika Syarikat kini setaraf dengan Malaysia
Putin akui peluru berpandu Rusia terkena pesawat Azerbaijan yang terhempas tahun lalu
PBB akan kurangkan pasukan pengaman di seluruh dunia susulan kekurangan pembiayaan
Rumah Menteri Luar New Zealand diserang
Israel akan rampas lebih banyak tanah Palestin untuk penempatan haram Yahudi di Tebing Barat
Ejen ICE serang jurukamera Anadolu Agency di bangunan persekutuan New York
Erdogan di UNGA: Palestin jadi tumpuan, Israel terpencil, perbincangan dengan Trump beri harapan
Palestin, Turkiye dan pemimpin dunia sambut baik rancangan gencatan senjata Gaza Trump
Perisikan Perancis cuba manipulasi pilihan raya Moldova melalui Telegram, kata pengasas Durov
Armada bantuan hampiri Gaza, ketibaan dijangka dalam dua hari
Turkiye tentukan kerjasama dengan Rusia sebagai negara berdaulat: Kremlin
Pemimpin Afrika mahu kerusi tetap dengan kuasa veto di UNSC – 'Kalau bukan sekarang, bila lagi?'
Perkongsian strategik: Erdogan sasar hubungan baru dengan Vietnam
Serangan "harimau kertas" Trump ke atas Rusia: retorik atau strategi?
Presiden Turkiye Erdogan tiba di Washington DC untuk perbincangan dengan Trump
UNGA80 tiba di New York, isu Palestin mendominasi pentas
Erdogan di UNGA: ‘Tiada peperangan di Gaza, ini adalah genosid’