ASIA
2 min membaca
Malaysia lanjut kontrak cari MH370
Pelanjutan kontrak akan berkuat kuasa selama 12 bulan, bermula 1 Julai 2026 sehingga 30 Jun 2027.
Malaysia lanjut kontrak cari MH370
Malaysia menyuarakan komitmen untuk mencari “closure” buat keluarga dan waris penumpang pesawat MH370. / Reuters

Kerajaan Malaysia bersetuju untuk melanjutkan perjanjian dengan syarikat Ocean Infinity bagi meneruskan usaha pencarian dasar laut pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang di Selatan Lautan Hindi.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata keputusan tersebut dipersetujui Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 26 Jun lalu.

Pelanjutan kontrak ini akan berkuat kuasa bagi tempoh 12 bulan, bermula 1 Julai 2026 sehingga 30 Jun 2027.

Menurut Loke, keputusan itu dibuat berdasarkan komitmen kerajaan dalam memberi “closure” (penyudah) kepada keluarga dan waris penumpang pesawat malang tersebut.

"Pelanjutan ini mengekalkan kesemua terma dan syarat utama dalam perjanjian sedia ada termasuk penerapan prinsip 'no find, no fee'. Mengikut prinsip tersebut, Kerajaan Malaysia tidak perlu mengeluarkan sebarang bayaran kepada syarikat ini sekiranya tiada sebarang bangkai pesawat ditemui," jelas Anthony Loke dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, beliau menambah bahawa ganjaran berjumlah AS$70 juta akan dibayar kepada Ocean Infinity sekiranya serpihan atau bangkai pesawat MH370 berjaya ditemui.

Langkah pelanjutan ini bertujuan membolehkan baki kawasan pencarian seluas 7,428.54 kilometer persegi diselesaikan sepenuhnya oleh syarikat berkenaan.

Proses pencarian tersebut turut mengambil kira komitmen kontrak komersial baharu Ocean Infinity yang memerlukan aset utama operasi ditugaskan semula ke lokasi lain buat sementara waktu.

Penugasan dan penjadualan semula aset itu dijangka bermula November tahun ini hingga April tahun depan, iaitu ketika musim laut tidak bergelora bagi menjamin keselamatan serta keberkesanan operasi.

SUMBER:TRT Global
Cari Berita Lain
Prospek Malaysia tergugat, skuad muda Thailand terus cemerlang di Kejohanan ASEAN
Seni bina keselamatan ASEAN perlu jadi teras penglibatan Indo-Pasifik: Khaled
Penganjuran F1 mampu jana aktiviti ekonomi Malaysia lebih RM1 bilion
Menteri Pertahanan Thai beri taklimat isu keselamatan sempadan kepada rakan sejawat Malaysia
Malaysia pertimbang semula keberadaan UNHCR jika enggan kerjasama, kata Menteri Luar
PM gesa pendekatan dakwah lebih bijak, berteraskan teknologi
Zon ekonomi sempadan Malaysia-Thailand pacu perdagangan, jimat kos logistik
ASEAN pertimbang penanda aras baharu, utusan khas jangka panjang pulihkan pelan damai Myanmar
Sidang kemuncak ASEAN buka tirai dengan seruan perpaduan di tengah-tengah pergolakan global
Malaysia akan bangunkan mekanisme sendiri urus pelarian
Menteri Luar ASEAN mahu bincang 'langkah seterusnya' tangani isu Myanmar
Tragedi bot karam: Lebih 500 pelarian Rohingya dikhuatiri maut di perairan Myanmar
Krisis bekalan global: Anwar arah tindakan segera kurangkan tekanan kos pengilang
Zon Ekonomi Sempadan Malaysia-Thailand lonjak perdagangan serantau ASEAN
Gempa bumi besar di Asia boleh beri kesan kepada Singapura, Malaysia — kajian
Presiden Singapura mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia
Anwar: Keterlibatan inklusif cara terbaik selesaikan krisis Myanmar
Kerajaan nafi Jho Low masuk Malaysia dengan delegasi China runding kes 1MDB
Malaysia-Thailand perkukuh hubungan bilateral, fokus ekonomi dan keselamatan sempadan
Lebih 75,000 mesin perlombongan haram kripto dirampas