PERANG GAZA
1 min membaca
Wisma Putra gesa 9 rakyat Malaysia dalam tahanan Israel dibebaskan
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Negeri memaklumkan bahawa mereka merupakan peserta misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG).
Wisma Putra gesa 9 rakyat Malaysia dalam tahanan Israel dibebaskan
Salah satu kapal bantuan ke Gaza daripada Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens telah dirampas oleh tentera Israel. / Reuters
10 Oktober 2025

Wisma Putra sedang giat menggerakkan usaha bagi memastikan pembebasan segera dan tanpa syarat sembilan rakyat Malaysia yang kini ditahan secara haram oleh rejim Israel sejak 8 Oktober.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Negeri memaklumkan bahawa mereka merupakan peserta misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG).

“Kerajaan sedang menggerakkan usaha-usaha ini dengan kerjasama negara-negara sahabat, terutamanya Republik Türkiye,” kata Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut kenyataan itu lagi, usaha turut dijalankan melalui Kedutaan Besar Malaysia di Amman dan Ankara, serta melalui pasukan peguam antarabangsa bagi memastikan akses konsular diberikan kepada rakyat Malaysia yang ditahan serta penghantaran pulang mereka ke tanah air dengan segera dan selamat.

“Kesemua sembilan warganegara Malaysia dilaporkan berada dalam keadaan sihat. Keselamatan dan kebajikan semua warganegara Malaysia kekal menjadi keutamaan tertinggi Kerajaan,” tambah kenyataan itu.

SUMBER:TRT Global
Cari Berita Lain
Anwar: Lembaga Keamanan Gaza oleh AS harus hentikan keganasan Zionis terlebih dahulu
Malaysia kecam larangan Israel terhadap organisasi bantuan kemanusiaan di Palestin
Anwar kecam kritikan terhadap bantuan kemanusiaan Malaysia ke Gaza
Hujan lebat dan banjir tambah derita rakyat Palestin di Gaza
Malaysia tunggu lampu hijau PBB hantar pasukan pengaman ke Palestin
TRT keluar dari mesyuarat EBU ketika ahli bertelagah mengenai penyertaan Israel dalam Eurovision
Mesir jemput Malaysia anjur bersama Persidangan Pembangunan Semula Gaza
Malaysia gesa pertimbangkan sekatan terhadap Israel – Tok Mat
Kerajaan bekerjasama dengan NGO salur bantuan ke Gaza – Wisma Putra
Rancangan licik dan jahat Netanyahu untuk terus bunuh rakyat Palestin
‘Anti-Zionisme bukanlah anti-Semitisme’: Pelajar PhD tolak propaganda AS, dipaksa hentikan pengajian
Hamas 'bertindak dengan ikhlas' di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza: Kushner
Pakistan, Azerbaijan, dan Indonesia bincang hantar tentera ke Gaza — Politico
Israel hantar mayat rakyat Palestin 'diikat seperti haiwan, bertutup mata – tanda-tanda penyeksaan'
Jeremy Corbyn: Tony Blair tidak wajar terlibat dalam pembinaan semula Gaza
Malaysia tidak sertai Sidang Kemuncak Keamanan Mesir, tidak sokong penuh pelan damai Gaza
1,968 tahanan Palestin akan dibebaskan di bawah perjanjian gencatan senjata
Perang Gaza sudah tamat, kata Trump
Israel bunuh 9 rakyat Palestin selepas pengumuman gencatan senjata
Trump berkata ‘tidak’ kepada pengusiran rakyat Palestin dari Gaza