ASIA
2 min membaca
Thailand dalam tahap kesiapsiagaan penuh, sasar tanda sempadan sementara Ban Nong Chan pada Disember
Pembersihan periuk api selesai pada 17 November, manakala pemasangan penanda sempadan bermula pada 19 November.
Thailand dalam tahap kesiapsiagaan penuh, sasar tanda sempadan sementara Ban Nong Chan pada Disember
(FAIL) Jeneral Nattaphon memaklumkan lebih 200 keluarga Kemboja yang tinggal di bawah garisan merah perlu dipindahkan. / Reuters

Menteri Pertahanan Thailand Jeneral Nattaphon Narkphanit mengarahkan tahap kesiapsiagaan tertinggi angkatan tentera dan menetapkan pertengahan Disember sebagai tarikh akhir pemasangan penanda sempadan sementara di Ban Nong Chan, susulan mesyuarat Majlis Pertahanan yang dipengerusikannya pada 19 November, lapor The Nation.

Beliau berkata dua fokus utama ketika ini ialah pembersihan periuk api atas dasar kemanusiaan di wilayah kedaulatan Thailand serta pengurusan zon sempadan di Ban Nong Chan dan Ban Nong Ya Kaew, daerah Khok Sung, Sa Kaeo.

Pembersihan periuk api selesai pada 17 November, manakala pemasangan penanda sempadan bermula pada 19 November.

Garisan kawasan dibahagi kepada zon biru dan merah, dengan penanda sementara dipasang di sepanjang garisan merah.

Jeneral Nattaphon memaklumkan lebih 200 keluarga Kemboja yang tinggal di bawah garisan merah perlu dipindahkan selepas pemasangan penanda siap, dan perkara ini akan dibincang melalui Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) yang telah diberi kuasa oleh Kabinet.

Beliau menegaskan bahawa Pemerhati ASEAN (AOT) mesti hadir dalam setiap fasa — pembersihan periuk api, pengurusan sempadan dan pemasangan penanda — bagi mengelakkan mana-mana pihak memutarbelitkan keadaan atau meningkatkan ketegangan.

Beliau turut mengarahkan sokongan penuh kepada anggota yang bertugas di sempadan melalui program “Air mengalir, lampu menyala, jalan baik, internet tersedia,” dengan keutamaan diberikan kepada kawasan timur.

Pada masa sama, Perdana Menteri Anutin Charnvirakul mengarahkan penubuhan Jawatankuasa Dasar Keselamatan Sempadan yang melibatkan pemimpin tertinggi keselamatan dan diplomasi negara bagi mempercepat penyelarasan isu strategik sebelum dibawa ke Majlis Keselamatan Negara.

Mengulas mengenai rundingan GBC akan datang, Jeneral Nattaphon menegaskan tiada percanggahan pendirian kerana mesyuarat GBC adalah acara tahunan dan keputusan Kabinet mesti dipatuhi.

Mesyuarat kali ini hanya akan menumpukan isu Ban Nong Chan dan proses pemindahan penduduk selepas penanda dipasang.

Mengenai kesiapsiagaan menghadapi pencerobohan, beliau enggan mendedahkan butiran operasi tetapi menjelaskan bahawa peraturan keterlibatan (rules of engagement) boleh dikuatkuasakan serta-merta jika tentera Kemboja melintasi garisan operasi.

Amaran lisan akan dikeluarkan terlebih dahulu, diikuti tembakan amaran, dan jika pencerobohan berterusan, tembakan akan dilepaskan, katanya.

Beliau turut mengecam tindakan Kemboja menghantar semula bekas tahanan perang ke medan pertempuran, menyifatkannya sebagai pelanggaran Konvensyen Geneva dan Perjanjian Ottawa.

Cari Berita Lain
Malaysia perluas fokus KL20 2026 kepada 8 sektor utama pertumbuhan 'startup'
Sembcorp Singapura dapat kelulusan import tenaga boleh baharu 300MW dari Malaysia
Malaysia lancar siasatan anti-lambakan import keluli dari China, Taiwan dan Vietnam
Myanmar, Bangladesh bincang sambung semula mesyuarat bilateral, projek paip gas dan kerjasama tenaga
Prospek Malaysia tergugat, skuad muda Thailand terus cemerlang di Kejohanan ASEAN
Seni bina keselamatan ASEAN perlu jadi teras penglibatan Indo-Pasifik: Khaled
Penganjuran F1 mampu jana aktiviti ekonomi Malaysia lebih RM1 bilion
Menteri Pertahanan Thai beri taklimat isu keselamatan sempadan kepada rakan sejawat Malaysia
Malaysia pertimbang semula keberadaan UNHCR jika enggan kerjasama, kata Menteri Luar
PM gesa pendekatan dakwah lebih bijak, berteraskan teknologi
Zon ekonomi sempadan Malaysia-Thailand pacu perdagangan, jimat kos logistik
ASEAN pertimbang penanda aras baharu, utusan khas jangka panjang pulihkan pelan damai Myanmar
Sidang kemuncak ASEAN buka tirai dengan seruan perpaduan di tengah-tengah pergolakan global
Malaysia akan bangunkan mekanisme sendiri urus pelarian
Menteri Luar ASEAN mahu bincang 'langkah seterusnya' tangani isu Myanmar
Tragedi bot karam: Lebih 500 pelarian Rohingya dikhuatiri maut di perairan Myanmar
Krisis bekalan global: Anwar arah tindakan segera kurangkan tekanan kos pengilang
Zon Ekonomi Sempadan Malaysia-Thailand lonjak perdagangan serantau ASEAN
Gempa bumi besar di Asia boleh beri kesan kepada Singapura, Malaysia — kajian
Presiden Singapura mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia