BISNES & TEKNOLOGI
2 min membaca
Malaysia, Australia teroka kerjasama REE, pembuatan magnet neodymium
NRES berkata kedua-dua pihak turut membincangkan pengurusan sisa berbahaya, pemuliharaan ekosistem marin, pembiayaan iklim serta komitmen Malaysia terhadap Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP31).
Malaysia, Australia teroka kerjasama REE, pembuatan magnet neodymium
(FAIL) Malaysia dan Australia meneroka kerjasama bagi membangunkan keupayaan pembuatan magnet neodymium dalam negara. / Reuters

Malaysia dan Australia sedang meneroka kerjasama lebih erat dalam sektor unsur nadir bumi (REE) dan mineral kritikal, termasuk usaha membangunkan keupayaan pembuatan magnet neodymium dalam negara, menurut laporan BERNAMA.

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) berkata perkara itu antara bidang utama yang dibincangkan dalam pertemuan antara Menterinya Arthur Joseph Kurup dan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia Danielle Heinecke di bangunan Parlimen semalam.

Menurut kementerian itu, Malaysia mengiktiraf kepakaran teknikal serta kepimpinan Australia dalam sektor mineral kritikal dan komited untuk membangunkan rantaian nilai REE domestik yang menyeluruh, daripada peringkat pertengahan hingga hiliran, selaras dengan Dasar Mineral Negara 3 (DMN3).

“Perbincangan turut memberi tumpuan kepada perkongsian amalan terbaik dalam pengurusan residu pemprosesan nadir bumi, khususnya neutralisation underflow residue (NUF), serta usaha membangunkan keupayaan pembuatan magnet neodymium dalam negara,” katanya dalam kenyataan.

NRES berkata kedua-dua pihak turut membincangkan pengurusan sisa berbahaya, pemuliharaan ekosistem marin, pembiayaan iklim serta komitmen Malaysia terhadap Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP31).

Gabungan kepakaran teknikal Australia dan komitmen Malaysia terhadap pengurusan sumber mampan dilihat bakal pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi hijau yang berdaya saing, selain memberi manfaat jangka panjang kepada kedua-dua negara.

Pertemuan itu turut memperkukuh hubungan dua hala dan meneroka bidang kerjasama baharu di bawah kerangka Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) Malaysia-Australia yang dilancarkan pada 2021.

Cari Berita Lain
Syarikat teknologi Malaysia bakal rai untung susulan sekatan AS ke atas transceiver optik China
Eksport Zon Perindustrian Bebas Malaysia cecah RM106.7 bilion separuh pertama 2026
Thailand, Indonesia tetap sasaran perdagangan AS$23 bilion, perluas kerjasama sektor strategik
Malaysia muncul sebagai hab utama pertumbuhan Asia berteraskan AI dan cip
Pelaburan AI dan cip jadikan Malaysia bintang pertumbuhan Asia
Malaysia atasi pergolakan dunia, catat rekod perdagangan luar biasa separuh pertama 2026
Pusat data Malaysia perlu dana alternatif AS$20 bilion tampung peluasan sektor — S&P
Industri pertahanan negara miliki kepakaran MRO untuk bersaing di peringkat global
Ekonomi Malaysia diunjur berkembang 4.7 peratus, didorong pusat data, kitaran teknologi – IMF
Malaysia, Perancis perkukuh kerjasama aeroangkasa, tenaga dan mineral kritikal
Rekod baharu: Dagangan Malaysia-ASEAN lepasi RM777 bilion pada 2025
BNM rangka pelan transformasi perbankan digital baharu pasca-2026
Syarat baharu import CBU bakal rancakkan ekosistem EV negara
Bain, KKR dan KV Asia dalam senarai pendek beli pegangan Avisena
Malaysia lancar usaha pacu sektor semikonduktor
Kontrak peluru berpandu Norway batal, Malaysia kini teliti empat pembekal baharu
Ekonomi Malaysia meyakinkan, indeks pelopor meningkat 1.29 peratus pada April
Sektor aeroangkasa Malaysia sasar lonjakan 15-20 peratus didorong permintaan global
Malaysia sedia perkukuh kerjasama strategik sektor tenaga dan petroleum bersama UAE
PETRONAS temui rizab gas baharu di Suriname, jumlah penemuan cecah 1 bilion tong