ASIA
1 min membaca
Malaysia sasar muktamad Perjanjian Perdagangan Timbal Balas dengan AS sebelum lawatan Trump
Beliau berkata rundingan perjanjian itu hampir selesai dengan hanya beberapa butiran yang perlu diperhalusi.
Malaysia sasar muktamad Perjanjian Perdagangan Timbal Balas dengan AS sebelum lawatan Trump
Zafrul menjelaskan isu pengurangan tarif 19% terhadap barangan Malaysia tidak dibincangkan. / Foto: FB Tengku Zafrul / Other

Malaysia menyasarkan untuk memuktamadkan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas dengan Amerika Syarikat sebelum Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Oktober ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Zafrul Abdul Aziz, menurut laporan The Star.

Beliau berkata rundingan perjanjian itu hampir selesai dengan hanya beberapa butiran yang perlu diperhalusi, susulan pertemuannya dengan Wakil Perdagangan AS Jamieson Greer di sela-sela Mesyuarat Menteri-menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 di Kuala Lumpur.

“Greer menyebut tentang kepentingan untuk kita cuba selesaikan perjanjian ini sebelum kunjungan Presiden Donald Trump ke Malaysia. Jadi sekarang kita sedang memuktamadkan butiran perjanjian tersebut,” katanya kepada media pada Khamis.

Bagaimanapun, Zafrul menjelaskan isu pengurangan tarif 19% terhadap barangan Malaysia tidak dibincangkan.

“Itu bergantung kepada pentadbiran AS. Buat masa ini kita mahu selesaikan apa yang dipersetujui dahulu, kemudian baru teliti baris demi baris selepas perjanjian diumumkan,” katanya.

Tambah beliau, pertemuan dengan Greer turut memberi ruang untuk Malaysia menyuarakan kebimbangan selain memahami keutamaan AS, khususnya dalam sektor semikonduktor.

“AS adalah pasaran eksport terbesar Malaysia, jadi amat penting kita perhalusi isu ini,” jelasnya.

Terdahulu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim turut menegaskan kepentingan perjanjian tersebut sebagai panduan dasar dan perancangan komuniti perniagaan kedua-dua negara.

Trump dijadual menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN dan sidang-sidang berkaitan dari 26 hingga 28 Oktober.

Cari Berita Lain
Gempa 7.8 magnitud gegar selatan Filipina, tiga maut, amaran tsunami dikeluarkan
PM Anwar jamin sokongan berterusan bagi pelaburan berkualiti tinggi di Malaysia
Siasatan AS mungkin babit produk import negara ketiga, bukan kapasiti melampau Malaysia
Rundingan sempadan Malaysia-Indonesia kini di peringkat akhir, bakal muktamad Ogos ini
ASEAN perlu mempercepatkan grid serantau, hasilkan tenaga mampu milik
Pelaksanaan biodiesel B15 perkukuh keterjaminan tenaga negara
Tenaga nuklear dilihat sebagai solusi praktikal sokong RE, lonjakan permintaan pusat data
Krisis rantaian bekalan global: Malaysia, Indonesia perhalusi langkah strategik
Kabinet Thai lulus projek bersama Malaysia kurangkan risiko banjir di Lembangan Golok
Tiga sindiket penipuan antarabangsa ditumpaskan di Malaysia
PM Thai Anutin arah rundingan segera dengan Malaysia susulan sekatan import udang
Sindiket penipuan antarabangsa alih operasi ke Malaysia
Malaysia-Tamil Nadu teroka kerjasama lebih erat pelihara arkib dan warisan
PM Anwar: Langkah tangani kos sara hidup dilaksana secara berperingkat
Malaysia sekat import siakap dan udang Thailand mulai hari ini
Kerajaan perkukuh rantaian bekalan, jamin peluang pekerjaan
Malaysia mula kuat kuasa sekatan umur media sosial, MyKad dan MyDigital ID jadi syarat wajib
Permintaan elektrik melonjak, Malaysia kurangkan arang batu dan tambah penggunaan gas
PM: Belanjawan 2027 mungkin dikurangkan, pendidikan tetap jadi keutamaan
Saham Asia meningkat, harga minyak kekal kukuh ketika dunia nantikan perkembangan rundingan Iran