BISNES & TEKNOLOGI
2 min membaca
Malaysia sedia perkukuh kerjasama strategik sektor tenaga dan petroleum bersama UAE
Peningkatan sasaran pengeluaran minyak UAE kepada 5 juta tong sehari turut membuka peluang besar kepada syarikat tempatan dalam sektor perkhidmatan dan infrastruktur di sana.
Malaysia sedia perkukuh kerjasama strategik sektor tenaga dan petroleum bersama UAE
(FAIL) Keputusan mengejut UAE untuk keluar daripada OPEC pada bulan lalu dilihat membuka ruang bagi kerjasama baharu. / Reuters

Malaysia sentiasa terbuka untuk memperkukuh kerjasama strategik bersama Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam pelbagai sektor ekonomi berpotensi tinggi termasuk industri petroleum, gas, petrokimia dan logistik.

Langkah ini penting bagi memacu perdagangan, pelaburan serta pembangunan industri bernilai tinggi antara kedua-dua negara.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjelaskan petroleum mentah merupakan produk import utama dari UAE dengan nilai RM11.15 bilion pada tahun 2025, yang membentuk 43 peratus daripada keseluruhan nilai import dari negara tersebut.

Walaupun imbangan dagangan dua hala sektor ini mencatatkan defisit, bekalan dari UAE bertindak sebagai bahan mentah utama kepada rantaian bekalan eksport industri hiliran petroleum Malaysia ke seluruh dunia yang bernilai RM103.55 bilion.

Keputusan mengejut UAE untuk keluar daripada Pertubuhan Negara-Negara Pengeluar Petroleum (OPEC) bermula 1 Mei dilihat membuka ruang yang luas bagi kerjasama baharu.

Pasca-OPEC, Malaysia berpeluang mengaturkan bekalan petroleum mentah yang lebih fleksibel, berjangka panjang dan pada harga yang lebih kompetitif demi menjamin sekuriti tenaga negara.

"Peralihan pasca-OPEC juga akan mendorong syarikat dana kekayaan berdaulat dari UAE seperti Abu Dhabi Investment Authority, Mubadala dan Masdar untuk meningkatkan pelaburan di dalam sektor peralihan tenaga, tenaga bersih dan tenaga boleh diperbaharui di mana kerjasama dengan syarikat-syarikat Malaysia dapat dipertingkatkan," menurut MITI dalam jawapan bertulis parlimen pada Selasa.

Selain itu, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) kini sedang bertindak proaktif untuk menarik aliran masuk pelaburan UAE, khususnya bagi pembangunan infrastruktur logistik dan penyimpanan petroleum mentah di Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC).

Pada masa yang sama, peningkatan sasaran pengeluaran minyak UAE kepada 5 juta tong sehari turut membuka peluang besar kepada syarikat tempatan dalam sektor perkhidmatan dan infrastruktur di sana.

Secara keseluruhannya, kerajaan akan terus memantau rapat perkembangan di UAE bagi mengenal pasti peluang-peluang baharu melalui agensi seperti MIDA dan MATRADE.

SUMBER:TRT Global
Cari Berita Lain
Thailand, Indonesia tetap sasaran perdagangan AS$23 bilion, perluas kerjasama sektor strategik
Malaysia muncul sebagai hab utama pertumbuhan Asia berteraskan AI dan cip
Pelaburan AI dan cip jadikan Malaysia bintang pertumbuhan Asia
Malaysia atasi pergolakan dunia, catat rekod perdagangan luar biasa separuh pertama 2026
Pusat data Malaysia perlu dana alternatif AS$20 bilion tampung peluasan sektor — S&P
Industri pertahanan negara miliki kepakaran MRO untuk bersaing di peringkat global
Ekonomi Malaysia diunjur berkembang 4.7 peratus, didorong pusat data, kitaran teknologi – IMF
Malaysia, Perancis perkukuh kerjasama aeroangkasa, tenaga dan mineral kritikal
Rekod baharu: Dagangan Malaysia-ASEAN lepasi RM777 bilion pada 2025
BNM rangka pelan transformasi perbankan digital baharu pasca-2026
Syarat baharu import CBU bakal rancakkan ekosistem EV negara
Bain, KKR dan KV Asia dalam senarai pendek beli pegangan Avisena
Malaysia lancar usaha pacu sektor semikonduktor
Kontrak peluru berpandu Norway batal, Malaysia kini teliti empat pembekal baharu
Ekonomi Malaysia meyakinkan, indeks pelopor meningkat 1.29 peratus pada April
Sektor aeroangkasa Malaysia sasar lonjakan 15-20 peratus didorong permintaan global
PETRONAS temui rizab gas baharu di Suriname, jumlah penemuan cecah 1 bilion tong
Sektor perbankan Malaysia berdepan risiko kadar faedah lebih tinggi pada separuh kedua 2026
Malaysia gandakan sokongan terhadap ringgit susulan aliran keluar dana asing
Lebihan dagangan Malaysia cecah RM132.77 bilion, dipacu lonjakan tenaga global dan AI