10 Oktober 2025
Tentera Israel membunuh sembilan rakyat Palestin dan mencederakan puluhan yang lain dalam beberapa serangan di Gaza, walaupun perjanjian gencatan senjata telah dicapai antara Israel dan Hamas.
Menurut saksi dan pegawai perubatan, serangan Israel pada Khamis menyasarkan kawasan utara, tengah dan selatan Gaza. Tentera zionis itu melancarkan serangan udara, bedilan artileri, tembakan senjata ringan serta bom asap.