TÜRKİYE
2 min membaca
Turkiye jadi tuan rumah kepada 15 rakyat Palestin yang dibebaskan Israel
Rakyat Palestin yang dibebaskan Israel akan tiba di Turkiye sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengekalkan gencatan senjata di Gaza.
00:00
Turkiye jadi tuan rumah kepada 15 rakyat Palestin yang dibebaskan Israel
Turkiye bersama beberapa negara lain akan menjadi tuan rumah bagi tahanan Palestin yang dibebaskan oleh Israel dalam perjanjian gencatan senjata. / Foto: AP / AP

Ankara akan menjadi tuan rumah bagi beberapa tahanan Palestin yang dibebaskan oleh Israel dalam usaha mengekalkan gencatan senjata di Gaza, menurut kenyataan pejabat Presiden Turkiye.

Kenyataan pada Selasa itu berkata Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan telah mengarahkan Agensi Perisikan Turki (MIT) untuk memudahkan pemindahan fasa pertama 15 rakyat Palestin itu ke Turkiye dalam melalui Mesir.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata dan pembebasan tahanan, Israel menetapkan syarat bahawa beberapa tahanan Palestin yang sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup akan dibuang negeri dan tidak dibenarkan pulang ke tanah air mereka.

Pihak berkuasa Turki telah membuat persiapan untuk menjadi tuan rumah bagi beberapa tahanan Palestin tersebut, menurut kenyataan rasmi.

Israel dan Hamas telah bersetuju dengan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 19 Januari selepas beberapa percubaan yang gagal. Pertukaran tahanan merupakan salah satu isu rumit dalam rundingan tersebut.

Israel telah memenjara dan menahan ribuan rakyat Palestin yang ditangkap semasa serangan tenteranya di Gaza dan Tebing Barat yang diduduki.

Sejak 7 Oktober 2023, Israel telah membunuh hampir 50,000 rakyat Palestin dan mencederakan lebih 100,000 yang lain dalam perang genosidnya di Gaza selepas kumpulan pejuang Palestin, Hamas, menyerang Israel dan menangkap ratusan orang.

Menurut perjanjian tersebut, Hamas akan membebaskan tahanan secara berperingkat, dan sebagai balasan, Israel akan membebaskan ribuan rakyat Palestin dari penjara.

Beberapa negara lain turut menjadi tuan rumah bagi tahanan Palestin yang dibebaskan.

Turkiye menjadi salah satu pemudah cara utama dalam perjanjian gencatan senjata di Gaza, bersama Qatar dan Mesir.

SUMBER: TRT WORLD

Cari Berita Lain
Presiden Erdogan sifatkan aturan global di ‘ambang berbahaya,’ seru diplomasi dan kestabilan
Forum Diplomasi Antalya 2026 bermula dengan kehadiran pemimpin global
The Daily Telegraph padam laporan palsu mengenai Erdogan
Pemimpin dunia berkumpul di Türkiye untuk Forum Diplomasi Antalya ke-5
Insiden tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul, 3 pengganas "dineutralkan" - Menteri Turki
‘Penentang kronik’: Mengapa peranan Türkiye dalam NATO buat Israel gelisah?
Türkiye tidak akan berdiam diri bila Israel campak seluruh rantau dalam kancah peperangan: Erdogan
Presiden Turkiye gesa perpaduan semasa Aidilfitri di tengah-tengah ketegangan Timur Tengah
Türkiye kecam rancangan jahat cetus perang saudara di Iran: Fidan
Sokongan NATO kepada Türkiye uji kesediaan pakatan itu semasa berdepan ketegangan Timur Tengah
12 Mac, hari memperingati lagu kebangsaan dan penyair nasional Türkiye, Mehmet Akif Ersoy
Türkiye sokong keamanan, mahu lihat gencatan senjata dalam perang Iran, kata Erdogan
Erdogan: Hentikan perang AS-Israel ke atas Iran sebelum ia merebak
Türkiye siap sedia sistem pertahanan Patriot lindungi ruang udara susulan perang Iran
Peluru berpandu balistik Iran dipintas dalam perjalanan ke Türkiye
Turkiye hantar enam F-16, sistem pertahanan ke Cyprus Utara susulan perang AS-Israel ke atas Iran
Türkiye tidak akan berlengah dalam menjamin keselamatan sempadan dan ruang udaranya: Erdogan
Turkiye panggil utusan Iran susulan peluru berpandu yang memasuki ruang udaranya
Desakan pertukaran rejim di Iran akan cetus 'senario bahaya' di rantau ini: Fidan
Nahas F-16 Turkiye di Balikesir: Juruterbang Mejar Ibrahim Bolat maut