PERANG GAZA
2 min membaca
Pembebasan 23 aktivis GSF Malaysia: Kemenangan diplomasi kemanusiaan Malaysia di pentas global
Seramai 23 aktivis Malaysia yang ditangkap oleh Israel semasa misi Global Sumud Flotilla telah tiba di Istanbul, Turkiye, sebelum pulang ke Malaysia.
Pembebasan 23 aktivis GSF Malaysia: Kemenangan diplomasi kemanusiaan Malaysia di pentas global
Aktivis Malaysia yang ditangkap oleh rejim Zionis Israel tiba dengan selamat di Istanbul pada 4 Oktober. / Reuters
14 jam yang lepas

Kejayaan pembebasan 23 aktivis Malaysia dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan oleh rejim Zionis Israel mencerminkan kejayaan diplomasi Malaysia di peringkat antarabangsa. 

Pendekatan bijak kerajaan melalui rundingan dengan negara ketiga seperti Jordan, Qatar dan Turkiye menonjolkan kematangan diplomasi berprinsip Malaysia yang berjaya mengimbangi kepentingan kemanusiaan sejagat dengan keselamatan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan proses pembebasan itu melibatkan koordinasi antarabangsa yang rapat. Beliau sendiri menjalankan rundingan langsung dengan Pemimpin Qatar dan Turkiye, manakala Menteri Luar dan Menteri Dalam Negeri turut berunding dengan rakan sejawatan dari Amerika Syarikat dan Jordan.

Anwar menekankan bahawa usaha repatriasi itu bukan sahaja untuk membawa pulang warga Malaysia dan Turkiye, malah meliputi aktivis dari Eropah dan negara-negara lain.

Reaksi dan sokongan

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, mengakui kejayaan ini membuktikan diplomasi berprinsip yang berteraskan nilai MADANI berupaya mengimbangi tuntutan kemanusiaan dengan integriti keselamatan negara. Pendekatan ini wajar dijadikan asas untuk memperkukuh diplomasi kemanusiaan Malaysia dalam kolaborasi dengan pertubuhan masyarakat sivil serantau dan Islam.

Rakyat Malaysia dari pelbagai kaum membanjiri media sosial untuk meluahkan penghargaan kepada Anwar Ibrahim dan kerajaan di atas kejayaan membebaskan 23 sukarelawan yang kini selamat di Istanbul. Mereka dijangka akan tiba di Malaysia pada 5 atau 6 Oktober, menurut Kementerian Luar Negeri.


SUMBER:TRT World & Agencies