ASIA
2 min membaca
Bank Dunia positif strategi konsolidasi fiskal Malaysia
Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia untuk Malaysia Dr Apurva Sanghi berkata langkah konsolidasi bajet seperti pengurangan defisit dan hutang kerajaan memberi manfaat besar.
Bank Dunia positif strategi konsolidasi fiskal Malaysia
(FAIL) Bank Dunia mengakui usaha Malaysia untuk memastikan kemampanan fiskal jangka panjang. / Reuters

Bank Dunia mengakui usaha kerajaan untuk memastikan kemampanan fiskal jangka panjang Malaysia, namun kekal berhati-hati terhadap perbelanjaan pembangunan (DE) yang lebih rendah seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2026, lapor Bernama.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia untuk Malaysia Dr Apurva Sanghi berkata langkah konsolidasi bajet seperti pengurangan defisit dan hutang kerajaan memberi manfaat besar, tetapi perlu dilakukan secara seimbang agar tidak menjejaskan pertumbuhan jangka panjang.

“Jika dilihat dari perspektif jangka panjang, perbandingan antara Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) dan RMK-13 menunjukkan bahawa DE telah menurun. Purata tahunan DE dalam RMK-12 ialah 4.4 peratus daripada KDNK, manakala dalam RMK-13 hanya 3.3 peratus setahun,” katanya pada Isnin.

Dr Apurva turut menegaskan bahawa penurunan DE adalah antara cara kerajaan mencapai sasaran defisit fiskal, namun beliau berpandangan langkah itu bukanlah kaedah terbaik untuk mencapai matlamat tersebut.

Dalam Belanjawan 2026, kerajaan memperuntukkan RM81 bilion bagi DE persekutuan, berbanding RM90 bilion pada 2024.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Johan Mahmood Merican berkata Belanjawan 2026 memberi penekanan jelas terhadap sektor keutamaan dan menyokong pembiayaan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sejajar dengan rangka kerja Ekonomi MADANI dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.

“Belanjawan ini juga menumpukan kepada sektor strategik seperti semikonduktor yang bukan sahaja menerima peruntukan kerajaan, tetapi turut menarik pelaburan daripada syarikat berkaitan kerajaan. Tumpuan lain termasuk peralihan tenaga ke arah sumber boleh diperbaharui serta pembangunan ekosistem syarikat pemula (start-up),” katanya.

Cari Berita Lain
Anwar pertahan kenyataan mengenai Taiwan susulan reaksi negatif
Polis hantar pasukan khas ke Islamabad siasat penahanan rakyat Malaysia disyaki scammer
Anwar mahu pertahanan Sabah diperkukuh, bimbang perluasan ketenteraan AS di Filipina
Pelan perkukuh kawalan pintu masuk Malaysia dibentang ke Kabinet esok
Anggota TLDM selamat susulan insiden latihan di Laut China Selatan
Malaysia sasar jadi negara paling terhubung di Asia Pasifik – Loke
Myanmar setuju bawa pulang 5,000 pelarian dari Malaysia naik kapal
Permintaan masakan Jepun pacu eksport ke Malaysia
Malaysia perluas fokus KL20 2026 kepada 8 sektor utama pertumbuhan 'startup'
Sembcorp Singapura dapat kelulusan import tenaga boleh baharu 300MW dari Malaysia
Malaysia lancar siasatan anti-lambakan import keluli dari China, Taiwan dan Vietnam
Myanmar, Bangladesh bincang sambung semula mesyuarat bilateral, projek paip gas dan kerjasama tenaga
Prospek Malaysia tergugat, skuad muda Thailand terus cemerlang di Kejohanan ASEAN
Seni bina keselamatan ASEAN perlu jadi teras penglibatan Indo-Pasifik: Khaled
Penganjuran F1 mampu jana aktiviti ekonomi Malaysia lebih RM1 bilion
Menteri Pertahanan Thai beri taklimat isu keselamatan sempadan kepada rakan sejawat Malaysia
Malaysia pertimbang semula keberadaan UNHCR jika enggan kerjasama, kata Menteri Luar
PM gesa pendekatan dakwah lebih bijak, berteraskan teknologi
Zon ekonomi sempadan Malaysia-Thailand pacu perdagangan, jimat kos logistik
ASEAN pertimbang penanda aras baharu, utusan khas jangka panjang pulihkan pelan damai Myanmar