ASIA
2 min membaca
Krisis banjir selatan Thailand memuncak, Hat Yai diisytihar zon merah, ribuan penduduk dipindahkan
Maklumat kecemasan serta imej satelit menunjukkan limpahan besar di sekurang-kurangnya enam wilayah di selatan.
Krisis banjir selatan Thailand memuncak, Hat Yai diisytihar zon merah, ribuan penduduk dipindahkan
(FAIL) Seorang individu meredah kawasan banjir di daerah Hat Yai, Songkhla, Thailand, pada 22 November 2025. / Reuters

Selatan Thailand terus dilanda krisis banjir yang semakin meruncing apabila Hat Yai dan beberapa kawasan sekitar di Songkhla diisytihar sebagai zon merah, dengan arahan pemindahan segera dikeluarkan susulan hujan lebat berterusan, lapor The Nation.

Maklumat kecemasan serta imej satelit menunjukkan limpahan besar di sekurang-kurangnya enam wilayah di selatan.

Dalam mesyuarat Pusat Arahan Bencana di Pejabat Pentadbiran Wilayah Songkhla pada 23 November, Gabenor Rattasart Chidchoo mengarahkan tindakan segera selepas banjir antara 19 hingga 23 November menenggelamkan 16 daerah dan menjejaskan lebih 465,000 penduduk, termasuk 243,000 orang di Hat Yai sahaja.

Operasi menyelamat dipertingkat susulan insiden bekalan elektrik terputus di beberapa kawasan bandar, sementara pusat arahan dibuka di Hat Yai bagi menyelaras pemindahan mangsa dan menggerakkan trak tentera, bot penyelamat serta aset tambahan dari semua agensi.

Pasukan penyelamat memberi tumpuan kepada golongan rentan termasuk kanak-kanak, warga emas dan mereka yang uzur, sementara anggota tentera ditugaskan memindahkan tetamu hotel yang terperangkap akibat paras air yang semakin meningkat.

Lebih 80 pam air dipasang di 68 lokasi bagi mempercepat aliran keluar air banjir, manakala Palang Merah Songkhla dan pihak berkuasa tempatan menyediakan sehingga 20,000 set makanan setiap hari untuk disalurkan ke kawasan yang terjejas.

Agensi Angkasa dan Geoinformatik Thailand (GISTDA) dalam pada itu mendedahkan imej satelit Radarsat-2 bertarikh 22 November yang menunjukkan limpahan merentasi Nakhon Si Thammarat, Phatthalung, Songkhla, Trang, Satun dan Surat Thani, meliputi lebih 228,000 rai kawasan tanah rendah, termasuk kampung, laluan pengangkutan utama dan ladang pertanian.

Kebanyakan kawasan direkodkan dengan kedalaman melebihi satu meter, tahap yang dianggap sangat membimbangkan, dan data tersebut telah dihantar kepada agensi persekutuan untuk menyokong operasi kecemasan serta penilaian kerosakan.

Di Songkhla, penilaian awal menunjukkan sebuah rumah musnah sepenuhnya, tiga lagi rosak, manakala kedai, sekolah, kuil serta lebih 640 hektar kawasan tanaman—termasuk sawah padi, dusun dan kolam ternakan—ditenggelami, khususnya di Rattaphum, Krasae Sin dan semenanjung Sathing Phra.

Pusat Meteorologi Tenggara turut memberi amaran bahawa musim monsun kuat dijangka membawa hujan lebat hingga sangat lebat sehingga 25 November, walaupun garis monsun dijangka beralih ke Laut Andaman selepas 24 November.

Penduduk di kawasan berisiko tinggi seperti Hat Yai, Na Mom, Rattaphum dan Ranot diminta mengikuti amaran rasmi dari semasa ke semasa.

Pasukan pemantauan 24 jam terus ditempatkan di zon kritikal, dengan pihak berkuasa menegaskan bahawa keselamatan dan pemindahan segera adalah keutamaan sementara menunggu paras air surut untuk memulakan kerja pemulihan.

Cari Berita Lain
Anwar pertahan kenyataan mengenai Taiwan susulan reaksi negatif
Polis hantar pasukan khas ke Islamabad siasat penahanan rakyat Malaysia disyaki scammer
Anwar mahu pertahanan Sabah diperkukuh, bimbang perluasan ketenteraan AS di Filipina
Pelan perkukuh kawalan pintu masuk Malaysia dibentang ke Kabinet esok
Anggota TLDM selamat susulan insiden latihan di Laut China Selatan
Malaysia sasar jadi negara paling terhubung di Asia Pasifik – Loke
Myanmar setuju bawa pulang 5,000 pelarian dari Malaysia naik kapal
Permintaan masakan Jepun pacu eksport ke Malaysia
Malaysia perluas fokus KL20 2026 kepada 8 sektor utama pertumbuhan 'startup'
Sembcorp Singapura dapat kelulusan import tenaga boleh baharu 300MW dari Malaysia
Malaysia lancar siasatan anti-lambakan import keluli dari China, Taiwan dan Vietnam
Myanmar, Bangladesh bincang sambung semula mesyuarat bilateral, projek paip gas dan kerjasama tenaga
Prospek Malaysia tergugat, skuad muda Thailand terus cemerlang di Kejohanan ASEAN
Seni bina keselamatan ASEAN perlu jadi teras penglibatan Indo-Pasifik: Khaled
Penganjuran F1 mampu jana aktiviti ekonomi Malaysia lebih RM1 bilion
Menteri Pertahanan Thai beri taklimat isu keselamatan sempadan kepada rakan sejawat Malaysia
Malaysia pertimbang semula keberadaan UNHCR jika enggan kerjasama, kata Menteri Luar
PM gesa pendekatan dakwah lebih bijak, berteraskan teknologi
Zon ekonomi sempadan Malaysia-Thailand pacu perdagangan, jimat kos logistik
ASEAN pertimbang penanda aras baharu, utusan khas jangka panjang pulihkan pelan damai Myanmar