BISNES & TEKNOLOGI
1 min membaca
Anwar teroka pelaburan bernilai tinggi bersama 21 syarikat China
Pertemuan pada hari kedua lawatan kerjanya itu meliputi sektor semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), robotik, kenderaan elektrik (EV), bahan bateri, optik termaju, bioteknologi, penjagaan kesihatan, bahan kimia khusus dan pembuatan termaju.
Anwar teroka pelaburan bernilai tinggi bersama 21 syarikat China
Anwar Ibrahim mempengerusikan Perbincangan Meja Bulat bersama pemimpin industri daripada 21 syarikat terkemuka China. / Facebook/Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempengerusikan perbincangan meja bulat bersama pemimpin industri daripada 21 syarikat terkemuka China di Shanghai bagi meneroka peluang pelaburan strategik bernilai tinggi di Malaysia.

Pertemuan pada hari kedua lawatan kerjanya itu meliputi sektor semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), robotik, kenderaan elektrik (EV), bahan bateri, optik termaju, bioteknologi, penjagaan kesihatan, bahan kimia khusus dan pembuatan termaju.

“Saya turut mendengar secara langsung perancangan dan aspirasi pemain industri, termasuk peluang yang mereka lihat di Malaysia serta langkah yang diperlukan untuk merealisasikan pelaburan tersebut,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Anwar berkata Malaysia mempunyai asas kukuh untuk berkembang sebagai hab pelaburan dan pembuatan bernilai tinggi serantau, disokong ekosistem perindustrian matang, tenaga kerja berkemahiran, kedudukan strategik serta jaringan rantaian bekalan yang kukuh.

“Kerajaan MADANI akan terus memudah cara pelaburan berkualiti yang membawa bersama pemindahan teknologi, pembangunan bakat tempatan, pengukuhan penyertaan syarikat Malaysia serta pembukaan lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti,” katanya.

SUMBER:TRT Global