Kedutaan Besar Malaysia di Doha mengeluarkan nasihat keselamatan kepada rakyat Malaysia di Qatar susulan perkembangan terbaharu membabitkan serangan antara Amerika Syarikat dan Iran.
Dalam notis bertarikh 1 September, kedutaan itu menasihatkan semua rakyat Malaysia di Qatar supaya sentiasa peka dengan perkembangan semasa serta sebarang notis yang dikeluarkan pihak berkuasa Qatar.
Rakyat Malaysia yang merancang perjalanan dari atau melalui Qatar turut dinasihatkan supaya menyemak jadual penerbangan terkini bagi memastikan kelancaran perjalanan.
“Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi Kedutaan,” menurut notis itu.
Kedutaan boleh dihubungi menerusi talian +974 3374 6733 atau +974 4483 6463, serta e-mel mwdoha@kln.gov.my.
SUMBER:TRT Global




















