ASIA
1 min membaca
Pemimpin Korea Utara Kim gelar kemalangan kapal perang sebagai 'tindakan jenayah'
Kim Jong-un menyatakan kemalangan itu berpunca daripada "kecuaian, sikap tidak bertanggungjawab dan empirisme yang tidak saintifik."
Pemimpin Korea Utara Kim gelar kemalangan kapal perang sebagai 'tindakan jenayah'
Korea Utara baru-baru ini meningkatkan usaha pembangunan tentera laut. / AP

Korea Utara melaporkan bahawa satu kemalangan besar berlaku semasa upacara pelancaran kapal perang baharu, menurut Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) yang dikendalikan negara.  

Kejadian itu berlaku di bandar pelabuhan timur Chongjin, di mana sebuah kapal pemusnah baru seberat 5,000 tan dijadualkan untuk pelancaran. Bahagian buritan kapal tergelincir melebihi haluan, menyebabkan kerosakan struktur dan menghalang kapal tersebut daripada keluar sepenuhnya dari landasan pelancaran.  

KCNA menyatakan kegagalan itu berpunca daripada "kurang pengalaman" dan "kecuaian operasi."  

Pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, yang hadir dalam upacara itu, mengutuk kemalangan tersebut sebagai "tindakan jenayah" disebabkan oleh "kecuaian mutlak, sikap tidak bertanggungjawab dan empirisme yang tidak saintifik," sambil menekankan bahawa ia melebihi batas toleransi.  

Kapal pemusnah itu dijangka menjadi tambahan penting bagi angkatan laut Korea Utara, dna ia dan ia menandakan langkah besar Korea Utara dalam pembinaan kapal tentera. Namun, kegagalan pelancaran itu kini mencetuskan kritikan dalaman di peringkat tertinggi.  

Korea Utara baru-baru ini meningkatkan usaha pembangunan tentera laut, mendedahkan peralatan ketenteraan baharu di tengah ketegangan yang semakin meningkat dengan kuasa serantau.


SUMBER:AA
Cari Berita Lain
Malaysia lancar siasatan anti-lambakan import keluli dari China, Taiwan dan Vietnam
Myanmar, Bangladesh bincang sambung semula mesyuarat bilateral, projek paip gas dan kerjasama tenaga
Prospek Malaysia tergugat, skuad muda Thailand terus cemerlang di Kejohanan ASEAN
Seni bina keselamatan ASEAN perlu jadi teras penglibatan Indo-Pasifik: Khaled
Penganjuran F1 mampu jana aktiviti ekonomi Malaysia lebih RM1 bilion
Menteri Pertahanan Thai beri taklimat isu keselamatan sempadan kepada rakan sejawat Malaysia
Malaysia pertimbang semula keberadaan UNHCR jika enggan kerjasama, kata Menteri Luar
PM gesa pendekatan dakwah lebih bijak, berteraskan teknologi
Zon ekonomi sempadan Malaysia-Thailand pacu perdagangan, jimat kos logistik
ASEAN pertimbang penanda aras baharu, utusan khas jangka panjang pulihkan pelan damai Myanmar
Sidang kemuncak ASEAN buka tirai dengan seruan perpaduan di tengah-tengah pergolakan global
Malaysia akan bangunkan mekanisme sendiri urus pelarian
Menteri Luar ASEAN mahu bincang 'langkah seterusnya' tangani isu Myanmar
Tragedi bot karam: Lebih 500 pelarian Rohingya dikhuatiri maut di perairan Myanmar
Krisis bekalan global: Anwar arah tindakan segera kurangkan tekanan kos pengilang
Zon Ekonomi Sempadan Malaysia-Thailand lonjak perdagangan serantau ASEAN
Gempa bumi besar di Asia boleh beri kesan kepada Singapura, Malaysia — kajian
Presiden Singapura mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia
Anwar: Keterlibatan inklusif cara terbaik selesaikan krisis Myanmar
Kerajaan nafi Jho Low masuk Malaysia dengan delegasi China runding kes 1MDB