TÜRKİYE
2 min membaca
Turkiye memperingati ulang tahun kedua tragedi gempa bumi
Dua tahun selepas gempa bumi dahsyat, negara itu meratapi kehilangan nyawa dan memperbaharui komitmen untuk membina semula kawasan yang terjejas.
00:00
Turkiye memperingati ulang tahun kedua tragedi gempa bumi
Perarakan diadakan di beberapa bandar untuk menghormati mangsa bencana. / Foto: AA / AA Archive

Turkiye memperingati ulang tahun kedua gempa bumi dahsyat yang melanda bahagian selatan negara itu pada 6 Februari 2023 yang mengorbankan 53,537 nyawa dan mencederakan lebih 107,000 orang.

Penduduk di bandar-bandar yang terjejas akibat gempa bumi berkumpul di dataran bandar pada jam 4:17 pagi Khamis, waktu gempa pertama melanda, bagi memperingati mangsa.

Perarakan turut diadakan di beberapa bandar untuk menghormati mangsa bencana tersebut.

Di Pazarcik, daerah di pusat gempa Kahramanmaras, penduduk berkumpul di hadapan Menara Jam, yang kekal berhenti pada jam 4:17 pagi.

Di Hatay, salah satu wilayah yang paling teruk terjejas, wakil daripada tiga agama samawi mengadakan doa sebagai sebahagian daripada upacara peringatan.

Bunga carnation merah kemudian dilemparkan ke Sungai Orontes, yang dikenali sebagai Sungai Asi di Turkiye, untuk mengenang mereka yang terkorban.

Pada 6 Februari 2023, gempa bumi berkekuatan 7.7 dan 7.6 magnitud melanda 11 wilayah di Turkiye – Adana, Adiyaman, Diyarbakir, Elazig, Hatay, Gaziantep, Kahramanmaras, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa.

Lebih 14 juta orang di Turkiye terjejas akibat gempa bumi tersebut mereka yang berada di utara Syria.

Turkiye akan bina semula kawasan terjejas gempa bumi

Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan berkongsi mesej di X pada Khamis untuk menghormati 53,537 mangsa gempa bumi tersebut, mendoakan rahmat ke atas roh mereka.

“Sejak hari pertama, kita bersatu sebagai sebuah negara dan rakyat, ‘kita adalah satu,’ dan tidak pernah menarik balik sokongan kita daripada kawasan yang terjejas akibat gempa bumi,” katanya.

Beliau berikrar untuk meneruskan usaha membina semula, dengan menyatakan bahawa usaha tersebut akan diteruskan dengan “tekad yang tidak goyah, kerja keras dan ketabahan” sehingga setiap warga memiliki rumah yang selamat.

Pada Khamis, Erdogan akan menghadiri program peringatan di Adiyaman.

SUMBER: TRTWORLD DAN AGENSI

Cari Berita Lain
Presiden Erdogan sifatkan aturan global di ‘ambang berbahaya,’ seru diplomasi dan kestabilan
Forum Diplomasi Antalya 2026 bermula dengan kehadiran pemimpin global
The Daily Telegraph padam laporan palsu mengenai Erdogan
Pemimpin dunia berkumpul di Türkiye untuk Forum Diplomasi Antalya ke-5
Insiden tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul, 3 pengganas "dineutralkan" - Menteri Turki
‘Penentang kronik’: Mengapa peranan Türkiye dalam NATO buat Israel gelisah?
Türkiye tidak akan berdiam diri bila Israel campak seluruh rantau dalam kancah peperangan: Erdogan
Presiden Turkiye gesa perpaduan semasa Aidilfitri di tengah-tengah ketegangan Timur Tengah
Türkiye kecam rancangan jahat cetus perang saudara di Iran: Fidan
Sokongan NATO kepada Türkiye uji kesediaan pakatan itu semasa berdepan ketegangan Timur Tengah
12 Mac, hari memperingati lagu kebangsaan dan penyair nasional Türkiye, Mehmet Akif Ersoy
Türkiye sokong keamanan, mahu lihat gencatan senjata dalam perang Iran, kata Erdogan
Erdogan: Hentikan perang AS-Israel ke atas Iran sebelum ia merebak
Türkiye siap sedia sistem pertahanan Patriot lindungi ruang udara susulan perang Iran
Peluru berpandu balistik Iran dipintas dalam perjalanan ke Türkiye
Turkiye hantar enam F-16, sistem pertahanan ke Cyprus Utara susulan perang AS-Israel ke atas Iran
Türkiye tidak akan berlengah dalam menjamin keselamatan sempadan dan ruang udaranya: Erdogan
Turkiye panggil utusan Iran susulan peluru berpandu yang memasuki ruang udaranya
Desakan pertukaran rejim di Iran akan cetus 'senario bahaya' di rantau ini: Fidan
Nahas F-16 Turkiye di Balikesir: Juruterbang Mejar Ibrahim Bolat maut