IKLIM
1 min membaca
Malaysia sedia hantar aset bantu Indonesia tangani kebakaran
Fahmi berkata Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) serta Kementerian Luar telah memaklumkan Jemaah Menteri bahawa senarai aset yang boleh digerakkan sudah disampaikan kepada Indonesia menerusi saluran diplomatik.
Malaysia sedia hantar aset bantu Indonesia tangani kebakaran
(FAIL) Malaysia bersedia menggerakkan aset bagi membantu Indonesia memadam kebakaran yang menyumbang kepada jerebu rentas sempadan. / AP

Malaysia bersedia menggerakkan aset bagi membantu Indonesia memadam kebakaran yang menyumbang kepada jerebu rentas sempadan, namun masih menunggu pengesahan daripada negara jiran itu, kata jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) serta Kementerian Luar telah memaklumkan Jemaah Menteri bahawa senarai aset yang boleh digerakkan sudah disampaikan kepada Indonesia menerusi saluran diplomatik.

“Namun, setakat ini belum ada pengesahan mengenai sebarang bentuk kerjasama yang melibatkan penggunaan aset Malaysia untuk membantu memadam kebakaran dan sebagainya,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu.

Ditanya sama ada syarikat milik Malaysia yang beroperasi di Indonesia boleh dipertanggungjawabkan sekiranya didapati terbabit dalam aktiviti yang menyumbang kepada jerebu rentas sempadan, Fahmi berkata perkara itu tidak dibincangkan secara terperinci oleh Jemaah Menteri.

Sementara itu, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata keadaan jerebu di Sarawak dilihat mula bertambah baik.

Bagaimanapun, beliau berkata keadaan itu masih bergantung kepada faktor cuaca serta kewujudan titik panas dan aktiviti pembakaran terbuka, khususnya di negara jiran.

SUMBER:TRT Global