PERANG GAZA
1 min membaca
Malaysia usaha bebaskan aktivis GSF ditahan Israel
Anwar memaklumkan beliau sedang bekerjasama rapat dengan pimpinan negara-negara sahabat bagi memastikan semua aktivis yang ditahan rejim Zionis dibebaskan segera.
Malaysia usaha bebaskan aktivis GSF ditahan Israel
Malaysia menuntut aktivis yang ditahan tidak dizalimi atau dikenakan sebarang tindakan tidak berperikemanusiaan, kata Anwar. (FAIL) / Reuters

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Malaysia sedang bekerjasama rapat dengan beberapa negara bagi memastikan semua aktivis Malaysia yang ditahan Israel dapat dibebaskan dengan segera.

Dalam satu kenyataan di X pada Selasa, Anwar mengecam tindakan rejim Zionis itu menahan aktivis-aktivis seluruh dunia yang hanya ingin menghantar bantuan untuk rakyat Palestin di Gaza.

“Saya sedang bekerjasama rapat dengan pimpinan-pimpinan negara-negara sahabat bagi memastikan semua aktivis yang ditahan rejim Zionis dibebaskan segera.

“Malaysia menuntut agar mereka tidak dizalimi, dihalang hak kemanusiaan atau dikenakan sebarang tindakan tidak berperikemanusiaan hanya kerana membawa suara keamanan dan bantuan kemanusiaan buat rakyat Palestin.

“Doakan agar segala usaha ini dipermudahkan, Insya-Allah,” kata Anwar.

Setakat ini, 16 aktivis Malaysia yang menaiki sembilan kapal misi Global Sumud Flotilla (GSF) dilaporkan telah ditahan pihak Israel.

SUMBER:TRT Global