ASIA
2 min membaca
Dari kuliah Universiti Tianjin ke sidang SCO, Anwar perkukuh hubungan Malaysia-China
Anwar Ibrahim meneruskan agenda hari kedua lawatan kerjanya di China melalui pendekatan diplomasi Malaysia dan mengukuhkan komitmen negara terhadap multilateralisme.
Dari kuliah Universiti Tianjin ke sidang SCO, Anwar perkukuh hubungan Malaysia-China
Anwar Ibrahim meyampaikan syarahan umum di Universiti Tianjin, China. Kredit: Pejabat Perdana Menteri Malaysia / User Upload

Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, tiba di China semalam untuk lawatan kerja empat hari atas undangan Presiden Xi Jinping untuk menghadiri Persidangan Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), lapor media tempatan. 

Beliau turut menyampaikan syarahan umum bertajuk ‘Sovereign Interdependence: Building a Shared Future in Asia’ di Universiti Tianjin, universiti moden tertua di China yang ditubuhkan pada tahun 1895 dan terkenal dengan program teknologi, kejuruteraan serta sains.

Universiti itu juga mempunyai program kembar dengan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dalam jurusan kejuruteraan kimia melalui program 2+2.

Selepas syarahan umum, Anwar yang juga Menteri Kewangan Malaysia, akan mengadakan pertemuan perniagaan secara berasingan dengan dua syarikat gergasi China – Rianlon Corporation dan China Communications Construction Company Limited (CCCC).

Rianlon Corporation yang berpangkalan di Tianjin merupakan peneraju global dalam bahan tambah polimer, membekalkan bahan maju yang menyokong industri daripada automotif hingga elektronik.

Manakala CCCC ialah pembekal perkhidmatan komprehensif infrastruktur berskala mega terkemuka dunia. Syarikat tersenarai Fortune Global 500 di Hong Kong itu juga kontraktor utama projek Landasan Berkembar Pantai Timur (ECRL) di Malaysia melalui anak syarikat tidak langsungnya, China Communications Construction ECRL Sdn Bhd.

Sidang kemuncak SCO di Pusat Konvensyen Meijiang Tianjin itu akan dihadiri lebih 20 pemimpin dunia, termasuk Presiden Rusia Vladimir Putin, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif, Presiden Iran Masoud Pezeshkian, dan Perdana Menteri India Narendra Modi.

Kehadiran Anwar dalam sidang kemuncak tersebut, meskipun Malaysia bukan negara pemerhati atau rakan dialog SCO, mencerminkan kedudukan negara yang semakin kukuh dalam hal ehwal global.

Ia juga membuktikan hubungan erat dan kepercayaan strategik antara Kuala Lumpur dan Beijing.

Perdana Menteri dan rombongannya akan berlepas ke Beijing pada lewat malam ini bagi meneruskan bahagian kedua lawatan empat hari itu, yang akan menyaksikan beliau mengadakan pertemuan dengan pemimpin China dan tokoh industri ternama.

Malaysia dan China menjalinkan hubungan diplomatik sejak 31 Mei 1974.

SUMBER:TRT World and Agencies
Cari Berita Lain
Malaysia-Jepun meterai empat Memorandum Kerjasama
Malaysia sasar peranan utama hab MRO Asia Pasifik susulan pelaburan RM267 juta Collins Aerospace
Malaysia kekalkan kuota minyak 2026 susulan keputusan OPEC+, fokus agenda RMK13
Pembangunan AI perlu ihsan, tidak gugat nilai kemanusiaan – PM Anwar
Kerajaan perkukuh operasi bersepadu, banteras warga asing salah guna pas lawatan
Gempa bumi Filipina: Sekurang-kurangnya 32 dikhuatiri maut, mangsa imbau detik cemas
PM Anwar dijangka saksi pemeteraian empat MoU strategik di Tokyo
Anwar lawat Jepun tiga hari, sasar perkasa kerjasama strategik komprehensif
Gempa 7.8 magnitud gegar selatan Filipina, tiga maut, amaran tsunami dikeluarkan
PM Anwar jamin sokongan berterusan bagi pelaburan berkualiti tinggi di Malaysia
Siasatan AS mungkin babit produk import negara ketiga, bukan kapasiti melampau Malaysia
Rundingan sempadan Malaysia-Indonesia kini di peringkat akhir, bakal muktamad Ogos ini
ASEAN perlu mempercepatkan grid serantau, hasilkan tenaga mampu milik
Pelaksanaan biodiesel B15 perkukuh keterjaminan tenaga negara
Tenaga nuklear dilihat sebagai solusi praktikal sokong RE, lonjakan permintaan pusat data
Krisis rantaian bekalan global: Malaysia, Indonesia perhalusi langkah strategik
Kabinet Thai lulus projek bersama Malaysia kurangkan risiko banjir di Lembangan Golok
Tiga sindiket penipuan antarabangsa ditumpaskan di Malaysia
PM Thai Anutin arah rundingan segera dengan Malaysia susulan sekatan import udang
Sindiket penipuan antarabangsa alih operasi ke Malaysia