Erdogan: Hentikan perang AS-Israel ke atas Iran sebelum ia merebak
Presiden Türkiye Recep Tayyip Erdogan menegaskan penyelesaian diplomatik 'tidak mustahil,' sambil menekankan pendekatan berhati-hati yang diambil Turkiye di tengah-tengah ketegangan serantau.
Presiden Türkiye Recep Tayyip Erdogan menggesa agar perang AS-Israel ke atas Iran dihentikan sebelum ia memuncak dan merebak ke seluruh rantau Timur Tengah, sambil menegaskan bahawa penyelesaian diplomatik adalah "tidak mustahil" jika diberi peluang.
Bercakap dalam mesyuarat kumpulan parlimen partinya pada Rabu, Erdogan berkata Türkiye sedang "meneruskan usaha dengan penuh kesabaran untuk kembali ke meja rundingan dan menghidupkan semula diplomasi."
Beliau menambah, dengan mengambil kira sensitiviti situasi tersebut, Turkiye berusaha untuk memberi respon dengan berhati-hati serta mengambil langkah teliti untuk melindungi negaranya daripada konflik serantau.
Presiden itu juga menekankan bahawa Türkiye tidak leka dengan krisis di rantau itu dan tidak membelakangi rakan-rakannya pada masa yang diperlukan.