USDP menang majoriti kerusi Fasa Tiga Pilihan Raya Umum Myanmar

Dengan selesainya Pilihan Raya Umum pelbagai parti 2025, sebanyak 263 kerusi Pyithu Hluttaw telah diisi setakat ini, dengan USDP menguasai 231 kerusi keseluruhan.

By
Dengan selesainya pilihan raya Myanmar 2025, sebanyak 263 kerusi Pyithu Hluttaw telah diisi setakat ini, dengan USDP menguasai 231 kerusi keseluruhan. / AP

Parti Kesatuan Solidariti dan Pembangunan (USDP) memenangi majoriti kerusi dalam Fasa Tiga Pilihan Raya Umum pelbagai parti Myanmar, selepas ia dikatakan berjaya memenangi 50 daripada 54 kerusi yang dipertandingkan di 61 perbandaran, menurut laporan media tempatan Eleven Media Myanmar.

Suruhanjaya Pilihan Raya Kesatuan (UEC) berkata pada Rabu bahawa wakil rakyat negara itu dipilih di 54 kawasan Pyithu Hluttaw (Dewan Rendah), dimana USDP telah memperoleh 50 kerusi.

Parti Demokratik Shan dan Etnik (Parti Harimau Putih) pula memenangi dua kerusi di perbandaran Kyethi dan Hsipaw.

Sementara itu, Pertubuhan Kebangsaan Pa-O (PNO) memenangi satu kerusi di Perbandaran Pinlaung, manakala Parti Liga Kebangsaan Inn memperoleh satu kerusi di Perbandaran Nyaungshwe.

Di tujuh bandar lain yang turut termasuk dalam Fasa Tiga — Shwegu, Kani, Salingyi, Launglon, Phekhon, Matman dan Mongnai — tiada calon bertanding.

Sehubungan itu, UEC telah mengesahkan calon-calon terbabit sebagai wakil rakyat pada 2 Januari lalu.

Daripada tujuh kerusi yang tidak dipertandingkan itu, Parti Harimau Putih memenangi kerusi di Perbandaran Mongnai, manakala USDP menguasai enam kerusi selebihnya.

Dengan selesainya Pilihan Raya Umum pelbagai parti 2025, sebanyak 263 kerusi Pyithu Hluttaw telah diisi setakat ini, dengan USDP menguasai 231 kerusi keseluruhan.

Pilihan raya itu dilaksanakan secara berperingkat di 330 kawasan di seluruh negara, melibatkan Fasa Pertama pada 28 Disember 2025 di 102 kawasan, Fasa Kedua pada 11 Januari 2026 di 100 kawasan, dan Fasa Ketiga pada 25 Januari 2026 di 61 kawasan, manakala baki 67 bandar yang lain tidak dapat menjalankan proses undia, menurut UEC.