AS gantung perkhidmatan visa 75 negara termasuk Thailand

Antara negara yang terlibat dalam penggantungan itu ialah Somalia, Rusia, Afghanistan, Brazil, Iran, Iraq, Mesir, Nigeria, Yaman serta beberapa negara lain, termasuk Thailand.

By
Langkah berkenaan dijadual berkuat kuasa pada 21 Januari dan akan diteruskan tanpa tempoh masa yang ditetapkan sehingga semakan selesai. (FAIL) / Reuters

Amerika Syarikat (AS) akan menggantung pemprosesan visa bagi 75 negara, termasuk Thailand, bagi memperketat saringan pemohon yang berisiko menjadi beban negara, menurut laporan Fox News pada Rabu.

Memetik satu memo Jabatan Negara AS, Fox News melaporkan pegawai konsular telah diarahkan untuk menolak permohonan visa baharu berdasarkan undang-undang sedia ada, sementara Washington menyemak dan mengemas kini prosedur saringan bagi pemohon baharu.

Antara negara yang terlibat dalam penggantungan itu ialah Somalia, Rusia, Afghanistan, Brazil, Iran, Iraq, Mesir, Nigeria, Yaman serta beberapa negara lain, termasuk Thailand.

Langkah berkenaan dijadual berkuat kuasa pada 21 Januari dan akan diteruskan tanpa tempoh masa yang ditetapkan sehingga semakan selesai.

Fox News turut melaporkan Somalia kini berada dalam tumpuan khusus susulan skandal penipuan yang melibatkan dana kebajikan di Minnesota, di mana seorang pemberi maklumat mendakwa terdapat penyalahgunaan program kebajikan yang dibiayai duit rakyat, melibatkan individu warga Somalia dan Somali-Amerika.

Pada November 2025, Jabatan Negara AS menghantar kenyataan rasmi kepada semua kedutaan dan konsulat di seluruh dunia, di mana ia mengarahkan penguatkuasaan lebih ketat terhadap peruntukan “public charge” di bawah undang-undang imigresen.

Ini termasuk menilai faktor seperti kesihatan, umur, penguasaan bahasa Inggeris, kestabilan kewangan dan keperluan rawatan perubatan jangka panjang.

Jurucakap Jabatan Negara AS Tommy Piggott berkata pihaknya akan menggunakan kuasa sedia ada untuk menyekat kemasukan individu yang berpotensi bergantung harap kepada kebajikan awam.

Piggott turut menegaskan bahawa jabatan imigresen dari 75 negara terbabit akan digantung sementara penilaian semula prosedur pemprosesan imigresen dijalankan.