Malaysia kecam keganasan berterusan di Sudan

Anwar menyifatkan laporan mengenai kekejaman yang mungkin menjurus kepada jenayah terhadap kemanusiaan, malah genosid, sebagai sesuatu yang tidak dapat diterima sama sekali.

Lebih 62,000 orang kehilangan tempat tinggal selepas RSF menawan Al Fasher pada 1 November 2025.

Malaysia menyuarakan kebimbangan terhadap tragedi kemanusiaan yang semakin meruncing di El Fasher dan seluruh wilayah Darfur di Sudan.

Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyifatkan keadaan di negara itu sebagai satu bencana kemanusiaan besar yang melibatkan pembunuhan beramai-ramai, kebuluran serta pengusiran penduduk secara besar-besaran yang menggegarkan dunia.

“Malaysia menyeru agar keganasan dihentikan dengan serta-merta dan orang awam dilindungi sepenuhnya, selaras dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” kata Anwar.

Anwar menyifatkan laporan mengenai kekejaman yang mungkin menjurus kepada jenayah terhadap kemanusiaan, malah genosid, sebagai sesuatu yang tidak dapat diterima sama sekali.

Beliau menyeru agar segala bentuk keganasan dihentikan segara dan perlindungan terhadap orang awam diberikan selaras dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Perdana Menteri turut menegaskan solidariti Malaysia bersama rakyat Sudan dan menggesa masyarakat antarabangsa bertindak tegas bagi mengelak penderitaan berterusan, memulihkan akses kemanusiaan, serta menyokong usaha ke arah keamanan dan akauntabiliti yang sebenarnya.